fbpx

Lelaki tidak mengaku salah pukul isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik kedai aksesori kenderaan tidak mengaku bersalah cederakan isteri di Mahkamah Majistret Kangar hari ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Seorang pemilik kedai aksesori kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas isterinya kelmarin.

Tertuduh, Lim How Lu, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, How Lu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 33 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di dalam sebuah kereta ketika melalui Jalan Pauh-Arau, Arau dekat sini kira-kira pukul 1.30 petang, 22 Julai lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Poh Yi Tying memohon agar tertuduh tidak diikat jamin, namun peguam, Azira Aziz memberitahu mahkamah bahawa pertuduhan di bawah seksyen tersebut membenarkan ikat jamin.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan syarat tertuduh tidak boleh menemui isterinya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Ogos depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI