fbpx

Kelonggaran pendaftaran buat pelajar IPT terlibat kebakaran – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry menyantuni mangsa kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara Masjid Putra Heights hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SUBANG JAYA – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights akan diberikan kelonggaran bagi proses pendaftaran mereka pada Isnin ini.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pelajar yang menghadapi kesulitan akibat insiden tersebut tidak perlu hadir pada hari pendaftaran dan diberikan tempoh tambahan.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak universiti supaya memberikan sedikit ruang kepada pelajar yang terjejas untuk mendaftar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, Yayasan Siswa Perdana telah menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada setiap pelajar yang terjejas bagi meringankan beban mereka.

“Seorang pelajar IPT ada memaklumkan kepada saya bahawa komputer riba miliknya musnah dalam kebakaran tersebut.

“Saya telah berjanji kepada beliau bahawa komputer tersebut akan digantikan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI