fbpx
ASHARI (tengah) bergambar bersama motosikal Yamaha RXZ yang dimenangi menerusi cabutan bertuah di tapak bazar Ramadan Pasar Malam Pontian, Pontian baru-baru ini.

Dapat RXZ rezeki cabutan bertuah ayam golek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang kakita­ngan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Dr. Ismail tidak menyangka menang hadiah ca­butan bertuah berupa sebuah motosikal Yamaha RXZ bernilai RM25,000.

Ashari Jamion, 46, berkata, sebelum itu dia membeli dua ekor ayam golek ketika berkunjung ke Tapak Bazar Ramadan Pasar Malam Pontian di sini pada Ra­madan lalu dan berpeluang menyertai acara cabutan bertuah selepas menerima dua kupon.

“Saya pergi ke bazar bersama isteri pada malam raya bersama anak-anak hanya untuk melihat siapa pemenang hadiah motosikal tersebut.

“Tak sangka pula pe­nganjur umum nombor saya terpilih sebagai pemenang.

“Memang menggigil satu badan bila dapat tahu saya menang amaha RXZ itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, dia sebelum ini mempunyai sebuah motosikal Honda EX5 yang digunakan untuk ke tempat kerja dari rumahnya di Kampung Parit 3, Api-Api sejauh kira-kira 15 kilometer setiap hari.

Katanya, motosikal Yamaha RXZ ini merupakan ‘hadiah’ pa­ling bernilai sempena Aidilfitri pada tahun ini dan akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk kegunaan seharian termasuk ke tempat kerja.

“Selepas raya ini saya telah diminta oleh penganjur untuk ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pro­ses pengesahan pindah milik motorsikal ini kepada saya,” katanya.

Sementara itu, pengusaha ayam golek, Hairulizam Saat, 54, berkata, pihaknya menerima lebih daripada 10,000 ribu kupon cabutan bertuah daripada pe­langgannya yang membeli tiga produk jualan sepanjang bulan Ramadan lalu.

Katanya, tiga produk jualannya ialah Zam Ayam Golek di Bazar Ramadan Ayer Baloi, berbuka puasa di Zam Tomyam dan pembelian pelbagai jenis kerepek di Tapak
Bazar Ramadan Pasar Malam Pontian.

“Saya tidak menyangka sam­butan yang diberikan oleh orang ramai cukup baik de­ngan tawaran sebuah motosikal Yamaha RXZ berharga RM25,000,” ­kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN