fbpx
NURHA’AFZA SALWA (dua dari kiri) melihat salah seorang anaknya menyiram air pada pusara anaknya, Aisar Azim di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Zaitun Indah di Sikamat, Seremban semalam.

Muka Alang tenang, bersih walau ada calar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Keluarga ­mangsa nahas ngeri di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini minggu lalu menegaskan mereka sudah mempunyai peguam dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas individu bertanggungjawab.

Nurha’afza Salwa Hazizan, 41, berkata, keputusan dibuat selepas anaknya, Aisar Azim Abdullah, 17, yang dipanggil Alang meninggal dunia kelmarin selepas dua lagi rakannya maut pada hari kejadian.

Katanya, beberapa peguam menawarkan khidmat secara percuma kepada mereka.

“Tindakan diambil lepas Alang dan dua rakannya meninggal. Kita akan fight (lawan).

“Saya sudah reda sejak melawat Alang di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar semalam (kelmarin). Otak dia memang dah mati, manakala pernafasan dibantu oleh mesin.

“Saya sudah bersedia selepas berbincang dengan anak-anak lain. Kami baca Yasin dan tidak mahu seksanya lagi. Saya maafkan dia dan halalkan susu yang saya bagi padanya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah di Sikamat di sini semalam.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan dua maut, manakala empat lagi parah apabila motosikal yang ditunggang dirempuh kereta Honda Jazz pada pukul 8.30 malam di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1, di sini.

Aisar Azim disahkan meninggal dunia pada pukul 7.23 malam semalam menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang.

Menurut Nurha’afza Salwa, apa yang membuatnya lebih reda ialah melihat keadaan muka anaknya selepas disahkan me­ninggal dunia.

“Muka Alang tenang, bersih walau ada calar. Setengah orang kalau meninggal muka jadi lain tapi Alang macam tidur sahaja. Bila saya tengok dia, saya cakap dalam hati alang tengah tidur ni,” kata ibu kepada 10 anak itu.

Abang arwah, Mohammad Aiman, 20, berkata, adiknya tidak teruja ketika mereka berbincang mengenai tema baju raya.

“Biasanya dia teruja dan mahu sedondon tapi dia kata tak perlu beli dan mahu tidur saja raya ini,” katanya.

Terdahulu, jenazah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Ahmad itu dikebumikan pada pukul 12.40 tengah malam dan dihadiri 100 ahli keluarga dan rakan.

Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Norazman Mohamad mewakili Menteri Besar bertindak membaca talkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN