fbpx
Kenderaan ini dikuasakan oleh teknologi DHT terkini dengan gabungan kuasa elektrik dan petrol sekali gus membantu penjimatan.

Haval H6 HEV, SUV jimat minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JIKA anda mencari kenderaan utiliti sukan (SUV) praktikal dan jimat untuk keluarga, mungkin boleh masukkan Haval H6 HEV dalam senarai.

Great Walls Malaysia (GWM) sebagai pengeluar kenderaan telah mengorak langkah melancarkan kenderaan elektrik hibrid (HEV) Haval H6 untuk pasaran di Malaysia pada Oktober tahun lalu.

SUV premium ini yang ditawarkan pada harga RM139,800 atas jalan raya bakal memberi saingan kepada kenderaan hibrid dalam segmen C seperti Honda CR-V e:HEV dan Toyota Corolla Cross HEV.

Haval H6 HEV dikuasakan oleh teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) terkini dengan gabungan kuasa petrol dan elektrik yang efisien untuk pemanduan.

Baru-baru ini, penulis berpeluang memandu uji Haval H6 HEV bagi menilai sendiri prestasinya yang dikatakan cekap tenaga dan jimat minyak.

Dengan kadar penggunaan bahan api sekitar 5.2 liter / 100km, GWM mendakwa Haval H6 HEV ini mampu mencapai jarak gerak sejauh 1,000km untuk setangki penuh 60 liter.

Kali ini, penulis menempuh perjalanan agak jauh dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu menelusuri lebuh raya dan jalan pantai dengan perjalanan pergi balik lebih 900km.

Dari segi kuasa, Haval H6 HEV dipacu oleh enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo, dipadankan dengan motor elektrik tunggal dan kotak gear DHT dua nisbah kelajuan.

SUV ini mempunyai dimensi 4,653mm panjang, 1,886mm lebar dan 1,730mm tinggi.

Gabungan motor elektrik dan enjin Haval H6 HEV ini mampu menjana sehingga 243hp dan tork tertinggi 530Nm.

Dengan pemanduan sekitar 100 hingga 120 km/j adakalanya penulis memecut laju, SUV ini mampu mencapai jarak 850km dengan isian penuh, prestasi agak baik.

Kemungkinan sasaran 1,000km boleh dicapai sekiranya penulis mengehadkan kelajuan sekitar 110 km/j seperti disarankan GWM.

Bagi penulis, Haval H6 HEV ini dengan konfigurasi lima tempat duduk amat selesa untuk perjalanan jauh. Kenderaan ini berdimensi 4,653mm panjang, 1,886mm lebar dan 1,730mm tinggi.

Sinonim sebagai SUV keluarga, jentera ini mementingkan aspek keselesaan pemandu dan penumpang, malah but belakang boleh memuatkan banyak barang sesuai untuk balik kampung dan bercuti.

Ia menyediakan ruang kargo sebesar 560 liter atau sehingga 1,485 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Apa yang penulis suka ialah kereta ini turut menyediakan ventilasi khas pada kerusi pemandu dan penumpang hadapan yang amat praktikal ketika memandu sewaktu cuaca yang panas terik.

Selain itu, olengan badan Haval H6 ini ketika melalui selekoh agak memuaskan dan stabil, malah tidak rasa ‘terbuai’.

Jentera ini menggunakan rekaan yang minimalis tetapi mewah dengan gabungan hitam, kelabu dan rose gold.

Bumbung panaromik dalam SUV ini juga memberikan pengalaman menarik kepada pemandu dan penumpang untuk melihat pemandangan sekeliling.

Dari segi rekaan, jeriji hadapan Haval H6 HEV menggunakan elemen ‘Star Matrix’, manakala lampu belakang LED melintang sebaris dengan lencana Haval.

Ia diperkemas lagi dengan rim aloi warna hitam bersaiz 19 inci menjadikan model Haval ini nampak ‘maskulin’.

Meninjau ruang kabin, jentera ini menggunakan rekaan yang minimalis tetapi mewah dengan gabungan warna hitam, kelabu dan rose gold.

Aspek keselesaannya dengan penggunaan kerusi semi bucket kulit dan upholsteri yang boleh dilaraskan.

Terdapat skrin kluster sebesar 10.25 inci diikuti skrin infotainment sebesar 12.3 inci yang turut menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, manakala gearnya jenis rotari yang dilaraskan dengan cara memusingkannya.

Ia dibekalkan ciri keselamatan aktif dan pasif, termasuk 6 beg udara, kawalan kestabilan elektronik, bantuan menuruni bukit dan bantuan pendakian bukit serta kamera 360 darjah.

Kesimpulannya, Haval H6 HEV menawarkan penjimatan bahan api yang efisien menjadikannya kenderaan pilihan tepat dan mesra alam berbanding kereta lain di pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN