fbpx
Suspek (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan baru-baru ini untuk direman bagi membantu siasatan membunuh.

Suspek bunuh Norshamira pernah pukau wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Suspek lelaki yang dikaitkan dengan pembunuhan seorang peniaga sambal ikan bilis, Norshamira Zainal, 37, sebelum mayat mangsa ditemui di tepi Sungai Kuantan di sini, dikatakan pernah memukau seorang wani­ta seminggu sebelum keja­dian tersebut.

Difahamkan, suspek juga telah mengambil wang tunai bernilai ribuan ringgit daripada wanita yang dipukau itu tanpa mence­derakannya.

Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan trauma untuk berjalan seorang diri dan sentiasa ditemani suami dan rakannya.

Seorang penduduk setempat yang enggan dikenali mendakwa, suspek sering berada di kawasan pekarangan masjid bersama gelandangan lain.

“Suspek memang sering da­tang bersama gelandangan lain di kawasan masjid dan kejadian ini memang mengejutkan.

“Saya difahamkan seminggu sebelum kejadian, suspek telah memukau seorang wanita di kawasan bandar,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam ketika melakukan penghantaran barang (COD) di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini.

Mayat Norshamira kemudian ditemui pada pukul 12.45 tengah hari selepas 17 jam dilaporkan hilang ketika keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan yang menjadi suspek kes tersebut.

Susulan itu, polis berjaya menahan suspek yang lari dan bersembunyi di rumah anak saudaranya di sebuah perumahan di Wakaf Tembusu, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, motif pembunuhan adalah samun dan suspek lelaki itu turut menggadaikan barang kemas mangsa yang bernilai RM30,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN