fbpx
Muhammad Afiq Akmal Nudin menunjukkan gambar kenangan bersama arwah isteri dan anak tunggal mereka.

Anak sampai sekarang tidak tahu ibunya dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Anak mangsa pembunuhan kejam, Norshamira Zainal, 37, yang mayatnya ditemukan di tepi Sungai Kuantan di sini minggu lalu dipercayai masih tidak mengetahui ibunya sudah meninggal dunia.

Suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, berkata, dia tidak boleh memaafkan suspek kerana perbuatan lelaki itu menyebabkan anak tunggalnya yang berusia lima tahun kehilangan ibu tersayang.

Katanya, anak lelakinya berada dalam keadaan baik ketika ini seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi selama-lamanya.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menziarahi saya dan keluarga untuk memberikan khidmat kaunseling dan membantu kami berdepan saat-saat sukar ketika ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Minggu lalu Kosmo! melaporkan seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, maut akibat dibunuh selepas keluar menghantar sambal ikan bilis garing yang dipesan seorang pelanggan lelaki yang juga suspek pada pukul 7.30 malam, 13 Februari lalu.

Mayat mangsa yang juga ibu anak satu itu kemudian ditemukan di tepi Sungai Kuantan pada pukul 12.45 tengah hari, keesokan harinya.

Susulan itu, pihak polis memberkas seorang lelaki berusia 53 tahun pada 15 Februari lalu ketika bersembunyi di rumah anak saudaranya di Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Polis mendedahkan motif pembunuhan mangsa kerana suspek mahu menyamun barang kemas termasuk gelang emas bernilai RM30,000 yang dipakai wanita itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN