fbpx
AH BOY mahu mencari bot untuk ke Thailand kerana merindui isteri dan anaknya sebelum mati ditembak di Pulau Ketam, Klang semalam.

Ah Boy sempat belanja ayam goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Penjenayah dalam buruan, Ah Boy sempat membeli ayam goreng untuk diberikan kepada pekerja hotel.

Seorang pekerja hotel memaklumkan, suspek mendaftar masuk pada pukul 5.15 petang dengan memakai topi dan selipar selain memegang sebungkus plastik.

“Dia menempah bilik di aras bawah selama tiga hari. Tiada perkara pelik ketika dia mendaftar. Saya terkejut bila dengar bunyi tembakan dan diarahkan polis supaya segera keluar bersama 12 tetamu lain,” katanya.

Menurut pekerja itu, dia tidak sangka lelaki itu ialah suspek yang diburu kerana melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam minggu lalu.

“Ia kejadian orang mati ditembak yang pertama berlaku di hotel yang mempunyai 42 bilik ini sejak beroperasi 31 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, suspek dikatakan sedang mencari bot untuk melarikan diri ke Thailand sebelum mati ditembak dalam operasi khas dilakukan sepasukan polis jenayah berat di sebuah hotel dua tingkat di Pulau Ketam di sini semalam.

Seorang penduduk berkata, sebelum kejadian pada pukul 3 pagi itu suspek telah singgah di sebuah restoran di sekitar pulau berkenaan untuk makan.

Katanya, suspek mencari bot dengan alasan pasportnya sudah disenaraihitamkan pihak berkuasa.

“Ketika makan, suspek ada tanya sama ada terdapat bot te­rus ke Thailand kerana dia mahu ke sana disebabkan rindu isteri dan anaknya.

“Dia tiba di sini dengan menaiki feri pada pukul 3 petang semalam (kelmarin) dan dia sempat membeli ayam goreng untuk diberikan kepada pekerja hotel sebelum pulang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN