fbpx
WAKTU sesuai untuk mengelak bertembung dengan gajah di jalan raya adalah antara pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Pandu 11 pagi-4 petang, elak jumpa ‘abang besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, waktu terbaik untuk mengelak bertembung dengan gajah di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik adalah antara pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, waktu itu merupakan tempoh berehat haiwan berkenaan sekali gus mengurangkan risiko bertembung de­ngan manusia di laluan berkenaan.

“Gajah biasanya aktif di awal malam hingga pukul 8 pagi atau 9 pagi.

“Ia mula berehat sekitar pukul 11 pagi hingga 4 petang, jadi orang ramai dinasihatkan menggunakan JRTB pada waktu ber­kenaan,” katanya.

Katanya, gajah biasanya akan keluar dari hutan berhampiran jalan raya tersebut kerana terdapat banyak rumput yang menjadi makanannya.

Dalam pada itu beliau berkata, dalam tempoh 2020 hingga 2024, hanya empat kes kemalangan membabitkan gajah direkodkan berlaku.
Katanya, dua kematian pula direkodkan akibat konflik dengan gajah pada 2022 iaitu satu kes di Pos Kemar di Gerik, manakala satu lagi kes di JRTB.

“Sebanyak 50 hingga 60 ekor gajah dikenal pasti di Perak yang sering terlibat dengan konflik dengan manusia terutamanya di kawasan-kawasan kampung dan kebun-kebun,” katanya.

Dalam pada itu Yusoff berkata, jalan raya tersebut merupakan antara kawasan gajah berkelia­ran, bahkan boleh berjalan anta­ra 60 kilometer (km) hingga 80km sehari termasuklah berulang dari negara kita ke Thailand.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membunyi hon jika bertembung dengan gajah kerana dikhuatiri membahayakan nyawa mereka.

“Gajah takut dengan bunyi hon kerana akan berasa terancam. Begitu juga dengan tindakan membaling mercun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN