fbpx
Gambar hiasan

Parah! Budak tingkatan 2 sudah dilamar cinta sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAYI yang dilahir bermula 1 Januari lalu sehingga tahun 2039 ‘jatuh’ dalam generasi baharu dikenali Generasi Beta atau Gen Beta. Ketika ini ‘zaman’ Gen Z (generasi yang lahir selepas tahun 1996) sudah terjun dalam alam pekerjaan sekali gus membina keluarga.

Bagi golongan Gen X (lahir 1965-1976) dan Gen Y atau lebih berbangga disebut Milenial (lahir 1977-1995) pula sudah beranak-pinak.

Anak-anak mereka ada yang berada bawah kumpulan Gen Alpha (lahir 2010-2024), atau kerap disebut screenager, berikutan ‘eratnya’ generasi ini dengan teknologi. Senang kata lahir-lahir sudah pegang gajet.

Seperti yang kita sedia maklum, generasi digital ini pembawaan diri mereka berbeza dengan golongan terdahulu. Fakta menarik mengenai generasi ini mereka meliputi kira-kira 2 bilion penduduk dunia. Populasi dunia ketika ini lebih 8 bilion.

Menerusi pembacaan penulis, mengikut statistik 49 peratus daripada Gen Alpha meletakkan kepercayaan kepada pempengaruh sama banyak dengan ahli keluarga dalam membuat keputusan.

Jika di Malaysia, anak yang lahir pada 2010 kini sedang menuntut di tingkatan 2. Tengah bulan Februari nanti baru menginjak ke tingkatan 3 untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Baru-baru ini penulis ada berbual dengan seorang ahli keluarga, ibu berusia 40-an kepada tiga anak. Katanya, anak sulung kini sedang berada di tingkatan 2 sebuah sekolah harian. Sekolah itu antara yang mempunyai jumlah kepadatan pelajar tertinggi di Lembah Klang. Satu tingkatannya sahaja ada berpuluh-puluh kelas.

Ceritanya lagi, anak sulungnya memaklumkan di sekolah ada lapan pelajar setingkatan mengajaknya berpacaran. Pada mulanya dia merasakan cerita itu kelakar dan memberitahu anaknya supaya jangan ‘perasan’.

Anaknya menyambung cerita lagi, hanya dua ‘lamaran’ itu boleh dipertimbangkan. Enam lagi itu katanya, memang ‘haram’ untuk diterima kerana semuanya daripada sama jantina. Berderau darah ibu Milenial ini tadi selepas melihat bukti luahan perasaan di WhatsApp anaknya.

Lebih menakutkan ujarnya, pelajar lelaki itu sanggup menghantar gambar abdomen ‘berketul-ketul’ untuk memancing perhatian anaknya. Dua pengirim pula telah disekat anaknya sendiri kerana ‘berkongsi’ gambar tidak senonoh.

Persoalan yang timbul apakah ini norma biasa atau kes-kes terpencil dalam kalangan remaja hari ini? Bagaimana pula langkah untuk mengatasi perkara ini? Seboleh-bolehnya ibu bapa perlu memantau tindak-tanduk anak-anak.

Dari segi sosial, Gen Alpha ini generasi yang paling terhubung dengan teman-teman mereka melampaui batasan ruang, waktu dan demografi. Jadi di peringkat sekolah harus menerapkan ‘perisai’, pendekatan khusus menekankan pertumbuhan di luar akademik.

Mudah-mudahan kita dielakkan daripada kepincangan sekali gus tidak melahirkan generasi ‘manusia robot’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN