fbpx
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei mengulangi pencapaian 2023 apabila berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei tepati ramalan ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran sensasi negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 selepas menewaskan Lu Ming Che-Hung En Tzu dari Taiwan.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, naib juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 itu mencatat kemenangan mudah 21-8, 21-14 dalam tempoh 30 minit.

Kemenangan itu menyaksikan mereka mengulangi pencapaian pada edisi 2023 di mana mereka berjaya melangkah ke suku akhir sebelum tewas 19-21, 9-21 kepada Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.

Menjelang aksi suku akhir esok, pasangan No.5 dunia itu akan membuat perhitungan dengan beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito yang membenam Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia 21-17, 21-17.

Atas kertas, Tang Jie-Ee Wei dilihat memiliki peluang cerah untuk mara ke pusingan separuh akhir kerana pernah menewaskan pasangan Jepun itu sebanyak tiga kali dalam lima pertemuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN