fbpx
Isu banjir tidak pernah selesai malah bertambah buruk. - Gambar hiasan

Apa masalah belum selesai hingga 2024?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Memasuki Tahun Baharu 2025, pelbagai perkara baharu akan berlaku, namun masih banyak isu dan masalah yang belum diselesaikan setakat tahun lalu.

Yang pertama, isu scammer yang nampaknya makin lama makin menjadi. Biarpun ramai yang tertipu sehingga kerugian ratusan ribu ringgit, tetapi masih ada yang menjadi mangsa.

Pelaburan palsu, pinjaman tidak wujud, phone scam dan love scam antara taktik digunakan sindiket untuk memperdaya mangsa termasuk mereka yang bijak pandai.

Scammer sukar dibanteras kerana kebanyakan modus operandi di media sosial dan ada pusat berpangkalan di luar negara. Isu kedua along yang membuatkan ramai sengsara. Along masih bermaharajalela menawarkan pinjaman segera dengan kadar bunga tidak masuk akal.

Jika gagal bayar pinjaman, rumah dan kereta peminjam akan disimbah cat atau dibaling bom petrol. Malah, jiran pun diugut supaya mendesak peminjam membayar hutang.

Tawaran pinjaman along yang lebih mudah berbanding bank selain promosi hebat di media sosial menyebabkan masalah ini sukar dibanteras, malah terus mendapat permintaan.

Seterusnya kesesakan jalan raya di Lembah Klang pada waktu puncak. Ini masalah utama yang menghantui setiap warga kota yang memandu kereta ulang-alik ke tempat kerja.

Biarpun sudah banyak lebuh raya dibina dan aliran trafik diubah suai mengikut keadaan semasa, namun kesesakan masih berlaku, bagaikan tiada noktah.

Setiap kali musim perayaan pula, lebuh raya utama turut mengalami kesesakan teruk sehingga perjalanan pulang ke kampung mengambil masa terlalu lama.

Pertambahan bilangan kenderaan, gangguan aliran trafik, sikap pemandu dan keadaan jalan raya selain kurang penggunaan pengangkutan awam menjadi punca kesesakan.

Selain itu, sehingga kini masih ada perumahan terbengkalai terutama projek swasta yang belum berjaya dipulihkan sejak bertahun-tahun lamanya.

Ada projek yang hanya nampak tiang dan ada yang sudah dilitupi ‘hutan’. Akhirnya pembeli terpaksa menanggung hutang bank dan masih duduk menyewa rumah orang.

Banjir pula antara masalah yang sering berlaku di seluruh negara setiap kali musim tengkujuh. Hujan lebat dalam tempoh beberapa jam sahaja, bah mula berlaku.

Tahun lalu mencatatkan jumlah kedua tertinggi mangsa banjir dalam tempoh 10 tahun dengan lebih 150,000 orang dipindahkan berbanding 300,000 pada 2014. Banjir bukan hanya berlaku di Pantai Timur, utara dan selatan tanah air, malah negeri maju, Selangor turut dilanda bencana ini.

“Banjir masih berlaku setiap tahun, malah semakin teruk. Takkan kita mahu guna alasan ia kerana perubahan iklim atau tahap penurunan hujan tinggi dan luar biasa akibat ‘act of God’ (kuasa Tuhan),” titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ini antara lima masalah dinyatakan, terdapat lagi isu lain yang belum diselesaikan seperti kekurangan bekalan beras putih tempatan, masalah air di beberapa negeri dan penyalahgunaan dadah.

Diakui, usaha ke arah penyelesaian masalah sedang dilaksanakan dan ia diharapkan dapat diatasi segera. Jangan sampai 10 tahun lagi, masalah ini masih sama sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN