fbpx
Tangkap layar menunjukkan pengantin perempuan bersama sepupunya di atas pelamin. - TikTok

Sepupu pura-pura jadi pengantin, calon sebenar hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila sepupu pengantin perempuan menggantikan tempat calon suaminya yang hilang, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @wahyuyogie memaparkan lelaki itu bersama sepupunya berjalan ke arah pelamin sambil memakai baju pengantin. 

Mereka juga bergambar di atas pelamin dan melayani tetamu yang hadir. 

Dia bertindak sedemikian selepas pengantin lelaki menghilangkan diri sehari sebelum acara berlangsung.

Rakaman itu mencatatkan lebih 5.2 juta tontonan bersama 352,400 tanda suka. 

“Pengantin perempuan masih boleh senyum. Sedih sangat,” kata seorang netizen. 

“Untung! Supaya tidak menderita selepas menikah!” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN