fbpx

Hospital baru Tanah Merah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran di hospital yang sedang dalam pembinaan di Tanah Merah sebentar tadi.

TANAH MERAH – Sebuah hospital yang sedang dalam pembinaan di Jalan Hospital di sini terbakar dipercayai ketika kerja-kerja pemasangan kabel sedang dijalankan sebentar tadi.

Menurut sumber bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.54 malam tadi sebelum 13 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, apabila tiba di lokasi itu, bomba mendapati kebakaran melibatkan tapak pembinaan Hospital Tanah Merah yang baharu setinggi tujuh tingkat.

“Siasatan mendapati, kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan itu melibatkan pemasangan kabel elektrik.

“Berdasarkan pemeriksaan, keluasan tempat kebakaran dianggarkan 200 meter x 50 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada pada pukul 9.38 malam tadi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI