fbpx

Pekerja klinik kesihatan maut melambung dilanggar SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kamera papan pemuka kejadian penunggang motosikal maut selepas dirempuh SUV di Kilometer 32 Jalan Klang - Teluk Intan semalam.

KUALA SELANGOR – Perjalanan pulang seorang kakitangan Klinik Kesihatan berakhir dengan tragedi apabila motosikal ditungganginya dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 32 Jalan Klang – Teluk Intan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.17 petang, mangsa merupakan lelaki berusia 57 tahun dikatakan melambung ke dalam parit kecil dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Insiden kemalangan tersebut tular menerusi beberapa video berdurasi antara 26 saat hingga seminit.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang menuju ke rumahnya sekitar daerah ini dari tempat kerjanya di Kapar.

“Apabila tiba di lokasi kejadian telah dilanggar SUV jenis Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 49 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran kedua-dua kenderaan termasuk motosikal telah terbabas dan masuk ke dalam parit di bahagian kiri jalan,” katanya hari ini.

Beliau menambah, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI