fbpx
Menurut Nissan, Kicks bukanlah kenderaan hibrid atau EV sebaliknya hanya mahu dikenali sebagai e-Power.

Bukan EV, bukan juga hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEBANYAKAN syarikat automotif sedang rancak menghasilkan pelbagai model kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan tenaga baharu (NEV).

Tahukah anda bahawa antara perintis terawal menghasilkan EV adalah jenama gergasi dari Jepun iaitu Nissan?

Terbaharu, Nissan sebagai inovator dan perintis EV telah memperkenalkan pula mobiliti elektrik melalui teknologi e-Power yang pertama di negara ini.

Sistem pemacu e-Power adalah teknologi unik Nissan yang menggunakan enjin petrol dan bateri Litium-ion untuk menjana motor elektrik bagi memacu roda.

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) selaku pengedar rasmi Nissan di Malaysia telah melancarkan Nissan Kicks e-Power serba baharu sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) baru-baru ini.

Menariknya, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B itu bertindak seperti EV, namun bukan EV erti kata sebenar.

Janaannya mampu memberikan tork serta-merta dan mengurangkan pelepasan gas ekzos sebanyak 20 peratus berbanding enjin pembakaran tradisional (ICE) tanpa memerlukan pengguna melakukan rutin mengecas.

Kesannya, dapat dilihat dari segi penjimatan bahan api iaitu 41 liter (tangki penuh) mampu menghasilkan jarak gerak sehingga 900 kilometer (km) dengan jarak 21.7 km untuk setiap liter.

Menurut Nissan, Kicks bukanlah kenderaan hibrid atau EV sebaliknya hanya mahu dikenali sebagai e-Power kerana menawarkan dua ciri itu dalam satu model. Kicks e-Power berfungsi sepenuhnya melalui motor elektrik yang dijana oleh enjin petrol 1.2 liter 3-silinder yang bertindak sebagai generator.

Ia tidak memerlukan pengecasan atau kenderaan ke stesen pengecas sebagaimana EV, sebaliknya dengan mengisi minyak petrol, enjin yang terjana akan bertindak seumpama generator yang akan mengecas bateri kenderaan untuk bergerak.

SUV kompak ini mempunyai tiga varian yang tersedia dengan model asas VL bermula pada harga RM113,800, diikuti RM121,800 untuk VLT dan versi dua tona VLT RM125,800 (harga atas jalan raya tanpa insurans).

Konsep kereta Kicks e-Power ini menggabungkan inovasi dan prestasi dinamik berciri ‘fun-to-drive’ dengan reka bentuk menarik dan ceria.

Kicks e-Power dilancarkan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia tersedia dalam 6 warna berbeza termasuk Brilliant White Pearl, Sunrise Orange, Red Pearl, Brilliant Silver dan Black Star. Varian dua tona VLT mendapat pilihan bumbung Super Black dan warna badan eksklusif, Dark Metal Gray. Dari segi dimensi, Kicks bersaiz 1,605 milimeter (mm) tinggi, 4,290mm panjang dan 1,760mm lebar

Reka bentuk luaran, Kicks e-Power tampil dengan kelengkapan seperti lampu LED automatik, lampu kabus LED, cermin sisi automatik dan diperkemas rim aloi bersaiz 17 inci, rel bumbung dan bumbung gaya ‘terapung’.

Ruangan dalam kenderaan ini tampak menarik dengan penggunaan dua tona coklat selain dilengkapi stereng sporty, skrin infotainment lapan inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bagi motor elektrik yang dipasang di bahagian hadapan, ia menghasilkan kuasa 95 kilowatt (kW) atau 129 PS dan tork 280Nm yang mana ia digerakkan oleh pek bateri lithium-ion 2.06kWh yang dipasang di bawah tempat duduk hadapan.

Pecutan Kicks dari pegun hingga 100 km/j mengambil masa kira-kira 9.8 saat dan 100 hingga 120 km/j dalam masa 4 saat. Empat mod pemanduan iaitu Eco, Sport, Standard dan EV membolehkan pengalaman pemanduan yang disesuaikan dan meningkatkan prestasi dinamik SUV kompak ini.

Satu ciri menonjol ialah e-Pedal, yang membolehkan pemandu menggunakan satu pedal, sesuai untuk situasi trafik dan memaksimumkan brek regeneratif untuk mengecas bateri.

Meninjau ke ruangan kabin, model ini tampil dengan papan pemuka dwitona coklat bagi varian VLT, stereng sporty dan pendingin hawa automatik.

Ia dilengkapi panel meter digital bersaiz tujuh inci serta skrin infotainment lapan inci dengan ketersambungan Apple CarPlay atau Android Auto.

Kesimpulannya, teknologi baharu e-Power diilhamkan Nissan itu secara langsung dapat menyelesaikan masalah ‘range axiety’ yang sering dihadapi pengguna EV kepada ‘zero range anxiety’.
Ini merupakan kenderaan masa hadapan yang dalam mengurangkan emisi karbon tetap praktikal untuk pengalaman pemanduan bandar atau luar bandar dengan ciri-ciri menarik sesuai dengan tagline mereka ‘gilerkick’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN