Siti Nurhaliza kini bergelar Biduanita Negara, manakala Miss Universe Malaysia, Sandra Lim mencipta sejarah mara ke ‘top 30' Miss Universe di Mexico baru-baru ini.

Kejayaan bersejarah dua ratu ‘S’ Capricorn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ada dua sejarah menarik terjadi dua minggu lalu. ‘Ratu’ seni suara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya dianugerahkan Biduanita Negara selepas hampir tiga dekad bertakhta di persada muzik tanah air dan ratu cantik Malaysia, Sandra Lim mengakhiri kemarau lima dekad atau lebih tepat 53 tahun Malaysia untuk mara ke ‘top 30′ Miss Universe sebagai semifinalis.

Siti dan Sandra. Kebetulan nama kedua-dua mereka bermula dengan S dan berbintang Capricorn (22 Disember ke 19 Januari). Sandra dilahirkan pada 29 Disember, manakala Siti pada 11 Januari.

Kebetulan saat Sandra berjuang di Mexico, Siti juga menyampaikan ucapan serta nyanyian lagu Walinong Sari khas buat Sandra yang akan mempersembahkan kostum Puteri Walinong Sari dalam segmen national ‘costume’ Miss Universe ketika itu.

Bagi Sandra yang mengakui ‘starstruck’, ia bukan sekadar ucapan dan nyanyian indah tetapi memberinya lebih semangat kerana sedar perjuangannya bukan bersendirian, ada harapan rakyat di Malaysia yang mengiringinya.

Keunggulan Siti yang dijuluki Diva Asia dan Ratu Pop Malaysia memang tidak dapat disangkal di Nusantara.

Sandra, 23, pula boleh disifatkan epitome ratu cantik Malaysia sebenar. Seawal menjejakkan kaki ke bumi Mexico lagi, pesonanya bak superstar pantas menakluki hati khalayak negara itu apabila mereka bersorak ‘Malaysia! Malaysia!’ kala gadis Selangor itu berdiri bersama ramai ratu lain sehingga ratu-ratu lain melirik pandang ke arahnya.

Kejayaan Sandra dianggap begitu manis apabila tahun ini edisi Miss Universe paling ramai peserta dalam sejarah iaitu 125 negara dan nama Malaysia kali terakhir dilaung untuk membarisi semifinalis adalah pada tahun 1970. Penulis pun belum lahir.

Bayangkan sudah lebih 50 wanita Malaysia mencuba nasib selama ini tapi tidak layak atau dinafikan, baru kali ini terpilih mara ke semifinal, sedangkan negara-negara jiran kita Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, bahkan Singapura sudah beberapa kali mara.

Kemaraan Sandra bagai tidak mampu dibendung sesiapa dan jelitawan seni bela diri wushu ini sememangnya seorang pejuang.

Gadis yang juga naib juara Miss Global 2022 ini memang taruhan Malaysia yang sebenar di pentas ratu cantik.

Bijak, miliki ketinggian bersesuaian, bermata bundar dan berwajah tionghoa tidak tipikal, ramai ratu serta jurumekap di Mexico yang memuji diri dan kulitnya cantik bak patung.

Sandra melawan kemustahilan dan bekerja keras memastikan Malaysia kembali dipandang di peta ratu cantik dunia.

Personaliti dan aksinya terserlah secara tersendiri. Gadis yang catwalknya tular ini sebenarnya pernah dilarang doktor memakai kasut tumit tinggi setelah mengalami spinal fracture. Dia juga ‘mempromosi’ sifat orang Malaysia menerusi nilai mesra, budi bahasa dan sifat rendah diri sehingga sering menerima sorotan dan disayangi ramai masyarakat luar.

Berjati diri Malaysia menjadikan dia dilihat berlainan. Sering menyebut ‘demi tanah airku’, Sandra adakalanya berceloteh dalam bahasa Melayu.

Sandra tidak seperti kebanyakan ratu Malaysia terdahulu yang mungkin dilihat orang tidak lebih sekadar ‘another one’ minah salleh, oriental atau hindustan. Penulis kira itulah antara faktor kejayaan kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN