fbpx
NIK NURJANNAH menunjukkan diploma yang berjaya digenggamnya pada konvokesyen UiTM Shah Alam.– ISKANDAR SHAH MOHAMED

Berani tempuh cabaran walau OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Keterbatasan sebagai orang kelainan upaya (OKU) ternyata bukan penghalang buat Intan Nik Nurjannah Mat Darus, 21, apabila berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor (ANC) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Anak kelahiran Pulang Pinang itu antara 888 graduan yang menggenggam ijazah dan diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen kali ke-100 universiti itu di sini.

Menurut Intan, dia merupakan OKU fizikal yang menghidap ‘discolation patellar’ iaitu penyakit genetik berkaitan kaki sejak kecil.

Jelas anak bongsu daripada enam beradik itu, tempurung lututnya berpotensi beralih dari kedudukan jika berjalan jauh atau di tempat tinggi.

“Sewaktu belajar sebelum ini, keadaan itu pernah dialami sebanyak tiga kali kerana turun dan menaiki tangga.

“Justeru, saya hanya boleh menyertai program akademik dan bukannya kokurikulum walaupun amat meminati aktiviti lasak,” kata graduan Diploma Pengurusan Perpustakaan UiTM Cawangan Kedah itu.

Intan berkata, dia amat bersyukur dipilih menerima ANC itu, sekali gus membuktikan OKU mampu memperoleh kejayaan.

“Bagi saya, kita perlu sentiasa bertanggungjawab pada diri sendiri terutama dalam pelajaran dan jangan dipengaruhi dengan perkara negatif.

“Sebagai pelajar yang memegang kad OKU, kita perlu berani hadapi cabaran luar dan tidak berasa rendah diri malah terus berjuang untuk berjaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Kebajikan OKU UiTM yang sentiasa membantu sama ada permohonan bantuan, peralatan dan pengangkutan selain menghargai
dorongan keluarga dan rakan-rakan.

“Kini, saya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan di UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN