fbpx
Gambar hiasan

Suami perlu ada ilmu pujuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INDUSTRI hiburan kini dilanda musim cerai. Sana sini artis cerai, seperti tiada noktah.

Paling teruk sehingga ada yang anggap mereka seperti berlumba-lumba hendak mengumumkan perceraian yang umum tahu bukan perkara baik untuk dihebahkan.

Hakikatnya, tiada mana-mana pasangan suami isteri mahu melalui fasa kemelut rumah tangga dan berakhir dengan perpisahan yang menyedihkan.

Pastinya ketika terlafaznya akad, syurga yang diimpikan tetapi sayangnya, bagi sesetengah perkahwinan, impian tersebut terkandas di pertengahan jalan.

Bagi kita yang melihat pasti mudah menjatuhkan hukum tetapi realitinya hanya mereka sahaja mengetahui dan melaluinya.

Barangkali adakalanya perpisahan mampu mengukir semula senyuman pada sesetengah individu kerana sudah melepaskan satu perkara yang melukakan jiwa.

Mempunyai pendapat serupa, pelakon popular, Datuk Rosyam Nor menegaskan perceraian bukan satu perkara yang diimpikan sebaliknya dugaan dan takdir yang sudah ditetapkan Tuhan

Rosyam berkata, setiap perceraian tidak semestinya menghadirkan kedukaan kepada individu tetapi juga mampu memberi rasa bahagia atau kebebasan yang sepatutnya dimiliki.

“Bukan semua perceraian yang terjadi hari ini khususnya dalam kalangan selebriti adalah satu bentuk bencana tetapi ada juga yang membawa kepada kebahagiaan.

“Semua ini urusan Tuhan dan siapa kita hendak jatuhkan hukum,” katanya.

Bercakap tentang perceraian, Rosyam turut risau. Dia bimbang perkara tersebut berbalik kepadanya.

“Saya juga takut sekiranya diberi ujian sebegitu pada usia sebegini. Saya dan isteri sudah berkahwin selama 38 tahun. Bahkan kami dah ada cucu, takut kalau semua itu berbalik kepada kita,” jelasnya.

Diamati satu demi satu kisah cerai artis, rata-rata beralasan tiada persefahaman yang menyebabkan berlaku shiqaq berpanjangan.

Barangkali, elemen pujuk-memujuk antara suami isteri semakin kurang dipraktikkan sehingga mereka akhirnya memilih cerai sebagai jalan terakhir.

Bagi pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam yang sudah melalui bahtera perkahwinan selama 41 tahun, pujukan antara kunci keberhasilan perkahwinan.

“Saya bukanlah sempurna tetapi rumah tangga saya bertahan kerana sifat memujuk dan nak pertahankan rumah tangga,” kata kata bapa Syamsul Yusof itu.

Tuturnya, suami isteri harus memainkan peranan bagi menyelesaikan setiap masalah.

“Tak boleh hanya dilakukan sebelah pihak tetapi usaha memulihkan rumah tangga sepatutnya dimulakan suami.

“Jangan anggap kita sempurna. Kalau ada fikiran begitu masalah tidak akan selesai. Tak boleh pentingkan diri, cari jalan terbaik untuk berdamai dan buang ego,” ujarnya.

Pujukan pula tidak semestinya menggunakan barang berjenama atau bunga tetapi cukup dengan janji dan ungkapan manis yang mampu mencairkan hati pasangan.

“Kalau boleh, pujuk dengan kata-kata manis, boleh juga beri hadiah, terpulang.

“Kata-kata dan perbuatan lebih bermakna tetapi kalau bagi bunga pun tetap memilih untuk bercerai, tak guna juga,” tuturnya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN