fbpx
Akmal yang masih bujang nekad menyertai kumpulan pengganas sewaktu berusia 21 tahun.

Terpengaruh jihad di Syria angkara artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dibesarkan dalam keluarga anggota pasukan keselamatan membuatkan seorang bekas anggota kumpulan pengganas IS atau Daesh begitu meminati bidang ketenteraan sejak berusia 15 tahun lagi.

Pengetahuan agama yang di­terapkan sejak kecil oleh kedua-dua ibu bapa menjadi antara bibit permulaan Akmal (bukan nama sebenar), 38, cenderung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peperangan dan perjuangan jihad.

Akmal yang masih bujang nekad menyertai kumpulan pengganas tersebut sewaktu berusia 21 tahun.

“Saya mengikuti satu gerakan di Eropah dikenali Wake Up Project hendak menyedarkan orang tentang peperangan akhir zaman. Propaganda tercetus pada tahun 2008, jadi saya belajar selok-belok mengenai pepera­ngan melalui video.

“Darah muda berkobar-kobar perasaan untuk berjihad. Video berdurasi lapan jam pun saya ‘layan’ sampai habis sebab nak tahu bagaimana orang Islam di Eropah berjihad.

“Ketika itu gerakan jihad di negara kita kurang, jadi saya terpaksa berguru dengan individu tertentu untuk mendalami ilmu tersebut.

“Turning point saya untuk berjihad bermula pada tahun 2011 selepas terbaca di sebuah akhbar mengenai kisah seorang artis dari Malaysia berjaya meloloskan diri ke Syria,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Kosmo! di sini baru-baru ini.

Dalam mengejar cita-cita untuk berjihad di Syria, Akmal menghubungi lelaki tersebut, namun tidak banyak maklumat yang diperoleh, jadi dia mengambil inisiatif membina rangkaian bersama anggota kumpulan militan di Eropah.

“Lebih dua tahun saya cari maklumat dan berhubung de­ngan rangkaian luar sampai tidak tidur malam.

“Saya lebih suka merujuk ‘kawan-kawan’ di luar negara berbanding Malaysia kerana perjuangan mereka jelas dan berani. Rakyat kita hanya berani sembang di kedai kopi,” katanya.

AKMAL berkongsi pengalamannya ketika ditemu bual wartawan Kosmo! di ibu negara baru-baru ini. – FAUZI BAHARUDIN

Usaha Akmal membuahkan hasil apabila dia berjaya membina hubungan dengan ‘barisan hadapan’ IS seperti Abu Hussein pada 2013.

Perbualan bersama pe­mimpin IS itu menggunakan medium peti masuk (inbox) di media sosial.

“Saya meluahkan hasrat untuk berjihad di Syria. Tolong tunjukkan ‘jalan’ ke sana. Ketika itu kumpulan militan itu menyerang banyak kawasan di Eropah. Walaupun belum berlepas ke sana, pelbagai ‘cadangan’ untuk lakukan sesuatu diberikan,” katanya.

Antara seruan yang masih diingati Akmal adalah ‘seranglah mana-mana kepentingan Barat walaupun hanya dengan sebilah pisau atau membaling batu’.

Akmal bagaimanapun me­ngakui dia tidak berniat untuk menyerang negara sendiri kerana ada rakan dalam kumpulan itu memaklumkan Malaysia merupakan negara yang selamat untuk orang Islam.

“Tambahan pula saya sudah berikrar untuk berjuang di Syria, bukannya menyerang negara sendiri atau negara jiran. Jika disuruh saya berperang di negara sendiri, lebih baik saya sertai askar.

“Saya nak mati di medan perang, bukannya nak mati di negara sendiri,” katanya.

Akmal memberitahu, topik mengenai peperangan menjadi perbualan biasa dalam kalangan ahli keluarganya, malah ibu ba­panya juga tidak menghalang hasratnya untuk ke Syria.

Akmal sepatutnya berlepas ke Syria pada penghujung 2015. Mengikut perancangan, lelaki itu akan menaiki penerbangan transit di Korea seterusnya Turkiye dan Syria.

Dia menggunakan wang simpanannya untuk membeli tiket kapal terbang yang ketika itu berharga bawah RM4,000. Lelaki itu bernasib baik ada rakan-rakan yang turut memberikan wang poket.

“Dalam tempoh (membuat persiapan) itu semuanya dipermudahkan,” katanya.

Hasrat Akmal bagaimanapun lebur apabila dia diberkas Bahagian Anti-Keganasan Cawa­ngan Khas Bukit Aman pada 2015 sewaktu berusia 28 tahun.

“Sewaktu ditahan, saya mempunyai akses dan maklumat IS memandang­kan saya me­rupakan antara ‘orang kepercayaan’ dan mempunyai hubungan erat dengan pemimpin IS di luar negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN