KUALA LUMPUR – Bekas militan JI, Abu (bukan nama sebenar) mendedahkan Osama seorang yang dermawan hingga memberinya RM2,000 bagi memperbaharui pasport dan tambang untuk pulang ke Malaysia.
Kata Abu, 58, ketika itu dia berada di Afghanistan untuk bertempur bersama-sama memerangi tentera Russia.
“Saya kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air selepas dinasihatkan berbuat demikian pada tahun 1993 setelah peperangan tersebut tamat.
“Sewaktu mahu pulang ke Malaysia, saya menghadapi masalah kerana pasport telah tamat tempoh.
“Ketika itu saya dikenalkan dengan dengan ‘funder’. Rupa-rupanya individu tersebut ialah Osama bin Laden (Osama).
“Pada pertemuan itu, beliau (Osama) memberikan wang kira-kira RM2,000. Wang itu saya gunakan untuk memperbaharui pasport, membeli tiket kapal terbang dan kitab-kitab,” katanya yang memberitahu pernah makan sedulang bersama pemimpin militan itu.
Sekembalinya ke tanah air, lelaki berusia lima dekad itu kemudiannya mengajar ilmu peperangan kepada jemaah militan di negara ini sebelum ditahan di bawah ISA pada tahun 2000.
















