fbpx

[VIDEO] Jenazah Ku Adib selesai disolatkan, tunggu ibu bapa untuk kebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Solat jenazah Ku Adib di Masjid An Nur, Saujana Utama di sini kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

SUNGAI BULOH – Jenazah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ku Adib Aizad Ku Azmi yang maut dalam nahas di Dungun, Terengganu semalam selesai disolatkan di Masjid An Nur, Saujana Utama di sini pada pukul 4.45 petang.

Solat jenazah pelajar itu disertai oleh ratusan jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan serta penduduk.

Selesai solat, jenazah Ku Adib dibawa ke rumah ahli keluarganya di Taman Seri Pristana, Saujana Utama.

Terdahulu, jenazah Ku Adib tiba di masjid berkenaan pada pukul 4.10 petang selepas bertolak dari Pusat Hidayah, UiTM Dungun, Terengganu pagi tadi.

Difahamkan, jenazah pemuda itu akan dibawa di Tanah Perkuburan Radhatul Aliyah Saujana Utama untuk dikebumikan selepas kedua ibu bapanya tiba dari Jeddah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dipandu seorang wanita malam tadi.

Selain Ku Adib, kemalangan itu turut meragut nyawa dua pelajar lain iaitu Khairil Anwar Jamaludin, 20, dan Mohd. Akmal Tukirin, 25. Rakan mereka iaitu Mohd. Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20, pula cedera.

Ketika kejadian, empat pelajar UiTM kampus Dungun tersebut sedang menunggang dua buah motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Yamaha Y15.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makam malam.

Sebaik tiba di hadapan kampus universiti tersebut, dua motosikal yang dinaki empat mangsa dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV yang dipandu seorang wanita.

Rempuhan itu menyebabkan empat pelajar lelaki tersebut tercampak, manakala SUV pula terbabas masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan.

Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI