Rekod UNHCR tahun lalu menyaksikan Malaysia mempunyai seramai 133,821 pelarian.

Kita ‘bagi muka’ sangat pada Rohingya, UNHCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK sukar untuk etnik Rohingya masuk ke Malaysia sebab kita terkenal sebagai negara yang mengangkat dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan.

Angka Rohingya yang ada di sini cukup ramai. Jika ditanya orang yang jaga depot Imigresen, mereka cukup marah. Diberi makan roti, memilih pula. Tak dimahunya makan.

Yang sibuknya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) yang dapat duit daripada penyalur dana negara kaya dengan mendaftarkan Rohingya ini. Dari sekolah rendah, menengah sehinggalah ke universiti ditaja mereka belajar.

Mereka ini ada yang cerdik cemerlang hingga ke peringkat A-Level. Terpilih pula masuk universiti tempatan.

Ya, kalau dibiarkan berlambak di negara ini tanpa diberi pendidikan, tak boleh juga. Ada ilmu, terjagalah kelaku mereka. Yang liciknya negara ketiga yang akan ambil mereka. Sebelum diterima, harus pastikan mereka bijaksana dulu.

Soal duit biaya pelajaran mereka, beres sahaja. Rohingya ini pula di negara asalnya, Myanmar, teruk ditindas. Cakap sahaja apa jenis penderaan. Semuanya pernah dirasai. Jadi, mental mereka cukup tegar, kuat.

Maka soal belajar kecil punya hal. Suruh belajar sampai pandai, apa susahnya.

Tetapi isunya di negara ini, terlalu ramai mereka terjah masuk ke negara ini. Mudah sangat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) keluarkan ribuan kad pelarian kepada Rohingya.

Sikap lepas tangan badan antarabangsa ini keluarkan ribuan kad pelarian hanya menyusahkan warga tempatan. Bab perangai, alahai.

Padahal, kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama etnik Rohingya ini hanya atas dasar kemanusiaan kerana Malaysia tidak tandatangani pun Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967.

Dari rekod data UNHCR pada tahun lalu sahaja, Malaysia mempunyai seramai 133,821 pelarian, pencari suaka (46,937) dan individu tanpa negara, 114,459 orang – menjadikan jumlah keseluruhan 295,217.

Daripada jumlah itu, 45 peratus terdiri daripada warga Myanmar 123,153 individu pelarian dan 34,578 pencari suaka.

Memang kita perlu risaukan hal kebanjiran PATI di negara ini. Kalau ikut kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono kepada Kosmo!, dua minggu lepas, kini terdapat kira-kira sejuta pendatang haram dari republik itu sahaja di sini.

Kalau Rohingya sahaja berapa? Mahu ratusan ribukah sekarang ini?

Hari ini pula khabarnya ada Rohingya ini sanggup membayar kepada orang tempatan supaya ambil anak mereka sebagai anak angkat yang sah. Belanja pelihara jangan risau.

Dibayar setiap bulan. Yang baru tiba ke sini tetapi sulit untuk dapatkan kad pelarian, akan diajar pula taktik cara-caranya sehingga dipastikan peroleh kad.

Masalah lagi besar, mereka ini tidak pula mahu pergi ke negara ketiga. Anggap Malaysia ini ‘safe heaven’. Kalau penguat kuasa sempadan kita boleh ‘kawtim’, payah lah anak cucu cicit kita nanti. Itu penderhaka namanya.

Lautan luas kita ada peringkat tapisannya. Kini terserah kepada komitmen dan integriti Maritim Malaysia (APMM), tentera laut dan polis marin.

Kita doakan yang baik-baik untuk pasukan keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN