fbpx
SINNER muncul juara Terbuka AS selepas menundukkan Fritz pada aksi final yang berlangsung di Flushing Meadows awal pagi semalam. - AFP

Sinner tawan Flushing Meadows

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Bintang tenis Itali, Jannik Sinner melakar kemenangan bergaya dengan menewaskan Taylor Fritz untuk menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS), sekali gus merangkul gelaran Grand Slam keduanya pada tahun ini.

Pemain nombor satu dunia tersebut yang sebelum ini memenangi gelaran Grand Slam pertamanya di Terbuka Australia pada Januari lalu berjaya mengekang kebangkitan pemain tuan rumah, Fritz sebelum mencatat kemenangan 6-3, 6-4, 7-5.

Kejayaan tersebut amat bermakna buat Sinner selepas dia sebelum ini berdepan tekanan ekoran kontroversi tuduhan pengambilan bahan terlarang Mac lalu sebelum didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA).

Sinner juga turut mencatat sejarah apabila menjadi sebagai pemain Itali pertama memenangi gelaran di Flushing Meadows.

“Gelaran ini amat bermakna kerana saya berdepan tempoh yang sukar sebelum ini. Apapun, saya mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada ibu saudara saya tidak sihat dan saya tidak tahu berapa lama lagi dia ada dalam hidup saya.

“Adalah indah saya masih dapat berkongsi momen-momen ini dengannya. Dia adalah orang penting dalam hidup saya,” kata Sinner.

Sementara itu, Fritz dilihat kecewa kerana impiannya untuk menamatkan kemarau 21 tahun Amerika Syarikat untuk meraih gelaran Grand Slam tidak kesampaian.

“Saya tahu kita telah menunggu tempoh agak lama untuk menjelmakan kemenangan Grand Slam Terbuka AS. Jadi, saya minta maaf kerana tidak dapat melakukannya kali ini,” kata Fritz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN