fbpx
gambar hiasan

Komuniti minum ketum berleluasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mitos kononnya minum air ketum dapat menyembuhkan penyakit ter­ten­tu selain dapat meningkatkan kesihatan menjadi punca kepada penggunaan minuman yang diwartakan di bawah Akta Racun itu semakin berleluasa di dalam komuniti.

Jika dahulu ia hanya diminum di kampung-kampung, tetapi ki­ni telah me­rebak ke kawasan di Lembah Klang.

Kebanyakan peminum percaya air ketum mampu menguatkan badan dan memberikan tenaga tanpa mereka menyedari bahawa bahan tersebut lama-kelamaan boleh menjejaskan kesihatan me­reka.

Bagi penagih dadah, pengambilan air tersebut didakwa mampu mengurangkan ketagihan terhadap bahan khayal itu.

Alasan lain yang sering diberikan pula termasuk air ketum akan memberikan mereka tenaga untuk melakukan pelbagai kerja dari pagi hingga ke malam dan akan merasa sakit serta sengal-sengal badan sekiranya seharian tidak meminumnya.

Berdasarkan alasan tersebut, kebanyakan mereka berterusan meminum air ketum kerana percaya kepada persepsi dan mitos yang kini berlegar di dalam komuniti walaupun tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Bekalan pula terlalu mudah untuk diperoleh kerana menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia, Kedah merupakan pembekal terbesar daun ketum di negara ini dengan keluasan tanaman melebihi 32 hektar selain Perak dan Perlis.

Nilai jualannya pula melebihi RM1 juta sebulan. 

Salah satu akaun yang mempromosikan air ketum di Facebook.

Seorang peminum yang dikenali sebagai Apiq mendakwa, seseorang itu akan merasa lemah, tidak bermaya dan mengantuk jika tidak dapat ketum.

“Saya membelanjakan RM600 sebulan untuk air ketum. Saya perlu minum dua bungkus sehari. Jika dicampur dengan ubat batuk dan air berkarbonat untuk lebih khayal, belanja saya akan naik kepada RM885 sebulan.

“Jika dicampur, minuman itu dipanggil cakoroi. Ada yang suka minum mentah tetapi bagi saya ia kurang sedap dan terlalu pahit,” dakwanya kepada Kosmo!.

Dakwanya, peminum air ketum boleh dikesan melalui fizikalnya ke­rana kebiasaannya mereka akan merasa lemah, tidak bermaya dan mengantuk.

“Mereka akan menguap seca­ra kerap sehingga air mata keluar dan merasa tidak selesa pada se­tiap anggota badan,” dakwanya.

Menurut Apiq, pada masa sama, dia turut risau dan sering terfikir mengenai pekerjaannya jika bekalan air ketum tidak ada suatu hari kelak.

Seorang pemandu lori, Aiman (bukan nama sebenar) pula mendakwa, stok minuman itu amat mudah didapati di Kuala Lumpur yang dijual di kawasan perumahan.

“Ada satu kedai di Ampang, air ketum boleh dibeli di gerai menjual buah-buahan dan minum ber­sama rakan-rakan di meja terbuka,” dakwanya.

Aiman mendakwa, dia membawa stok air ketum bersamanya jika menghantar barang. 

“Jika bekalan habis di tengah jalan, saya tidak perlu risau ke­rana setiap negeri ada penjual air ketum,” dakwanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN