fbpx

Kelantan United bawa semangat ‘Samurai Biru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMADA (barisan belakang, tiga dari kanan) dan Che Abdullah (barisan belakang, empat dari kanan) bergambar bersama selepas majlis kerjasama strategik KUFC dan Yakult Malaysia di Kota Bharu semalam.

KELAB Kelantan United FC (KUFC) mempertaruhkan pe­ngalaman Masashi Motoyama apabila menandatangani khidmat legenda bola sepak Jepun itu bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) khususnya Liga Premier musim depan.

Walaupun Motoyama sudah berusia 41 tahun tetapi ia tidak menghalang KUFC mengikat kontrak pemain tengah yang sudah 21 tahun mewarnai kancah bola sepak Jepun dengan meraih pelbagai kejuaraan antaranya enam kali juara Divisyen 1 Liga Jepun.

Kejayaan merantai khidmat bekas bintang Kashima Antlers dan skuad antarabangsa Jepun itu hasil perjanjian kerjasama strategik KUFC dengan penge­luar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, kerjasama itu juga melibatkan tajaan sebanyak RM250,000 selain perancangan program-program pembangunan akar umbi de­ngan pendedahan DNA bola sepak Jepun dalam pasukan KUFC.

“Saya melihat kemampuan KUFC untuk pergi lebih jauh dan memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain pada musim 2021. Kami juga telah memperkenalkan Akira Hagashiyama sebagai ketua jurulatih dan pemain muda Jepun, Yuki ­Tanigawa.

“Kehadiran Motoyama juga sebahagian intipati kerjasama ini. Walaupun sudah berusia 41 tahun tetapi saya yakin dia mampu menyumbang sesuatu kepada pasukan ini,” katanya selepas majlis perjanjian di Hotel Ibis, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Sementara itu, Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II menyifatkan, kerjasama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada KUFC tetapi buat pembangunan bola sepak akar umbi di Kelantan.

“Istilah pembangunan akar umbi disebut-sebut, namun tia­da tindakan susulun, maka semua itu hanya sembang kosong. Oleh itu, usaha yang giat harus diteruskan, kami harap kerjasama strategik ini akan memberi faedah kepada penduduk di ne­geri ini,’ jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI