fbpx
Khairil Azwan (depan memakai topi) yang merupakan antara mangsa nahas pesawat ringan tersebut.

Sebelum meninggal, arwah bawa anak naik helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Anak Khairil Azwan Jamaludin dikatakan masih bersedih dan sering bertanya mengenai punca nahas yang meragut nyawa bapa mereka hingga meletakkan gambar pada katil kerana terlalu rindu kepada Allahyarham.

Bekas isteri, Sabrina ­Subanrio, 44, berkata, ingatan terhadap arwah tidak mungkin hilang dari minda anak-anak, Khairul Ikhwan, 13, dan Khairul Harisin, 15, mereka walaupun nahas itu telah setahun berlaku.

“Mereka sentiasa rindu belaian kasih sayang ayahnya. Khairul Harisin sering bertanya tentang punca nahas dan dia letak gambar arwah pada katil kerana amat rindu.

“Walaupun begitu, dua beradik itu tetap berdoa agar bapa mereka masuk syurga dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Menurut ketua jururawat Hospital Selayang itu, dia menjaga dua beradik itu termasuk hal sekolah sejak berpisah dengan Allahyarham pada 2006.

Tambahnya, antara kena­ngan manis dua beradik itu ialah dibawa menaiki helikopter oleh Allahyarham untuk membeli-belah seminggu sebelum tragedi berlaku.

“Sampai sekarang mereka masih menangis setiap kali terkenang arwah. Memang terasa kehilangannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN