fbpx
REMAJA perempuan yang menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Serdang.

Doktor ’14 tahun’ tak sekolah, berlagak jadi pakar Hospital Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan selepas menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang dikatakan sempat menjadi ‘doktor pakar’ selama seminggu selain merawat pesakit di Klinik Pakar Pembedahan (SOPD).

Sumber memberitahu, pihak hospital pada mulanya mengangap remaja berkenaan sebagai pelajar dalam bidang perubatan yang mengikuti pembelajaran di HSIS.

Katanya, ini kerana terdapat lebih 10 institusi perubatan yang mana pelajar mereka kini sedang menjalani pengajian di hospital tersebut.

“Di Serdang ada lebih 10 institusi dan kita (hospital) tidak halang mana-mana pelajar yang mahu mengikuti pembelajaran atau ‘attachment’.

“Kebanyakannya memudahkan, tidak ada batas selagi ketua jabatan dan jabatan boleh terima dan menguruskan pelajar-pelajar yang terlibat.

“Kebetulan pula, remaja ini nampak macam orang dewasa dan pihak jabatan mula sangsi sehingga akhirnya dia ‘kantoi’ dan ditangkap di SOPD,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang semalam.

Sumber memaklumkan, ­apa yang mengejutkan apabila remaja perempuan itu sempat me­lakukan pemeriksaan selain bertanya mengenai tahap kesihatan pesakit yang berada di klinik berkenaan.

“Selama berada di sana (SOPD), dia hanya berlegar-legar dan kita tidak tahu apa yang dia katakan pada pesakit.

“Sebagai pakar, doktor atau pegawai yang bertugas, kami memang tahu tugas dan peranan masing-masing,” katanya.

Jelas sumber itu, pihak hospital telah mengambil tindakan segera sebaik menyedari penyamaran remaja itu sebelum memaklumkannya kepada pihak polis untuk tangkapan.

“Memang jelas dia menyamar sebagai pegawai perubatan dan perbuatannya itu telah dikesan sejak beberapa hari sebelum ditangkap ketika berada di SOPD semalam (kelmarin),” ujarnya.

Terdahulu, remaja ­perempuan itu ditahan direman selama dua hari sehingga hari ini menerusi perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret di sini.

Tahanan reman ke atas suspek dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.

Kosmo! semalam melaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bertindak licik apabila berjaya menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah Serdang di sini selama dua bulan tanpa disedari oleh petugas lain.

Lebih hebat apabila remaja terbabit yang berbadan kurus turut memiliki pas kerja, peralatan doktor dan mampu mengakses komputer serta membuat rondaan pesakit di wad-wad hospital berkenaan.

Menurut sumber, sepanjang dua bulan berada di hospital tersebut, remaja terbabit pandai berlakon sebagai pegawai perubatan pediatrik dengan merawat para pesakit serta memberi ubat-ubatan.

Katanya, remaja terbabit memasuki Hospital Sultan Idris Shah Serdang kononnya datang dari Hospital Cyberjaya bagi melengkapkan syarat atau membuat attachment untuk menjadi seorang doktor pakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN