fbpx
Ramli menunjukkan buah dan keratan benih ubi keledek vitato yang diusahakannya di Kampung Bukit Tanah, Besut semalam.

Cangkul-cangkul boleh dapat RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang petani meraih pendapatan RM15,000 semusim hasil menjual ubi keledek jenis vitato yang dita­namnya di Kampung Bukit Tanah di sini.

Ramli Mohd., 37, berkata, ubi keledek vitato mengambil masa empat bulan untuk matang.

“Saya mula menanam ubi keledek vitato secara serius sejak tiga tahun lalu. Penjagaan agak mudah, hanya perlu siram, baja dan racun mengikut jadual.

“Setiap musim boleh dapat 10 tan ubi. Selain itu, saya turut jual benihnya yang diperoleh daripada keratan bahan makanan tersebut,” katanya.

Menurut Ramli, permintaan ubi keledek vitato amat tinggi tanpa mengira musim terutama musim hujan.

Tambahnya, selain direbus dan menjadi bahan asas kuih-muih, keropok keledek vitato juga sesuai dibuat kerepek.

“Saya buat penanaman secara bergilir untuk kekalkan kesu­buran tanah. Ada juga cabaran­nya seperti ancaman haiwan pe­rosak khususnya tikus dan ulat.

“Selain itu, cuaca panas me­lampau dan banjir mengejut juga boleh menjejaskan kualiti ubi keledek,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN