fbpx
PENULIS bersama suami dan anak bermain salji di Wu Song Village, Harbin, China.

Harbin ‘bandar ais’ China, mesra pelancong Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARBIN merupakan ibu kota Heilongjiang iaitu wilayah paling utara di China.

Bukan sahaja bersempadan dengan Russia dan Korea Utara, kedudukannya juga berhampiran dengan Mongolia dan Hokkaido, Jepun.

Harbin terkenal dengan julukan Ice City iaitu salah satu bandar tersejuk di dunia.

Musim sejuk di Harbin agak ekstrem, di mana suhu boleh turun sehingga di bawah takat beku.

Sekiranya merancang untuk melawat Harbin pada musim sejuk, persediaannya perlu top notch.

Walaupun pada penghujung Februari atau awal Mac, namun suhu di Harbin masih rendah terutamanya apabila ada angin dan salju tebal.

‘Layering’ baju penting supaya selesa untuk menghadap suhu ekstrem berkenaan.

Saya cadangkan pakai dua hingga tiga lapisan pakaian, kemudian pakai rajutan atau jaket bulu, sebelum dilapisi jaket puffer di sebelah luar.

Kami melawat dua kawasan perkampungan salji di sini iaitu Snow Town dan Snow Valley.

Kedua-kedua kawasan perkampungan salji tersebut terletak di kawasan pergunungan Northeast of Heilongjiang iaitu 280 kilometer dari Harbin City.

Penginapan di Snow Town (Xuexiang National Forest Park) lebih mahal berbanding penginapan di Snow Valley (Dongsheng Forest Farm).

PENULIS dan suami bergambar kenangan di depan Saint Sophia Cathedral.

Sebenarnya, Snow Town lebih meriah dengan pelancong dan lebih banyak kawasan lawatan musim sejuk.

Namun, kami memilih untuk tinggal di Snow Valley kerana kos lebih rendah, privasi dan suasana tenang.

Kami beli fridge magnet di Zhongyang Street dengan harga serendah 5 ke 10 yuan.

Cenderamata dari Russia seperti coklat pun sangat banyak.

Pengaruh Russia dapat dilihat di Harbin dari segi makanan, pakaian dan seni bina bangunan.

Ini termasuklah musik-musik di jalanan yang juga merupakan gabungan Russia dan China.

Ada banyak kedai makanan halal di Harbin terutamanya di Daoli District dan Daowai District iaitu sekitar kawasan Masjid Harbin.

Ramai rupanya komuniti Muslim Ughyurs di Harbin, jadi tidak hairanlah Masjid Harbin agak besar dan kedai makanan halal pun banyak.

Majoriti masyarakat Harbin tidak boleh berbahasa Inggeris, jadi cara komunikasi kami adalah melalui WeChat atau aplikasi terjemahan.

Namun, apa yang bagusnya, mereka sangat bersungguh untuk terangkan apabila kami bertanyakan soalan.

Menurut saya, Harbin ini sangat menarik dan layak untuk dikunjungi kembali.

Nilai yuan pun agak murah, ada rezeki memang kami akan pergi lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN