fbpx
Rakyat perlu bijak dalam mengurus perbelanjaan. - Gambar hiasan

Hidup mewah tapi poket, bank ‘kosong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP individu pasti menginginkan sebuah kehidupan yang selesa terutama dalam aspek keperluan seperti rumah dan kenderaan.

Namun, tidak dinafikan bahawa ada juga yang mahu mengisi kemahuan mereka dengan membeli pakaian berjenama, gajet idaman atau pergi bercuti termasuk makan di restoran mewah.

Lazimnya, golongan ini menggelar tindakan tersebut sebagai self reward (ganjaran) untuk diri sendiri setelah berhempas pulas bekerja atau berniaga.

Bagi penulis sendiri, pada zaman digital kini, ternyata banyak godaan yang berlegar dengan pelbagai promosi dimainkan menerusi media sosial untuk menarik pembeli.

Bagaimanapun, perasaan ingin memiliki demi mengikuti gaya hidup yang dimuat naik atau dipaparkan secara maya hanya memakan diri sendiri sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Biarpun menerima gaji atau pendapatan hasil berniaga secara bulanan, namun yang lebih penting adalah untuk mempunyai wang simpanan di mana ia bukan sahaja boleh digunakan bagi menampung keperluan masa hadapan, malah ketika kecemasan.

Menurut kaji selidik yang dilakukan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), sebanyak 84 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan tetap setiap bulan.

Lebih membimbangkan, kebanyakan daripada mereka terpaksa mengeluarkan simpanan pada setiap hujung bulan untuk menampung perbelanjaan harian.

Setakat 24 Jun lalu, seramai 3.61 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah usia 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan RM11.52 bilion.

Kesemua data ini menujukkan rakyat Malaysia tidak mempunyai pengurusan kewangan yang baik sekali gus boleh disifatkan seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Perumpamaan itu tepat bagi menggambarkan situasi masyarakat sekarang apatah lagi buat mereka yang menetap di kawasan bandar besar.

Sementara itu, pakar kewangan, Dr. Adam Zubir berkata, rakyat Malaysia harus mengubah pemikiran mereka tentang pengurusan kewangan.

“Kalau gaji anda T20 tetapi pemikiran anda B40, anda tetap akan miskin. Pemikiran B40 ini bukan menunjukkan semua kategori masyarakat ini berfikir dengan cara yang sama, tetapi pemikiran ini maksudnya duit tak cukup.

“Contohnya, individu bergaji rendah sekitar RM1,500, ada anak dan isteri serta menetap di Kuala Lumpur. Memang tak cukup. Tapi kalau gaji RM3,000 hingga RM10,000 dan mengamalkan gaya hidup berlebihan, memang tak akan cukup,” jelasnya.

Tambahnya, antara pelaburan dan pendapatan bulanan, kedua-duanya tidak memadai jika seseorang individu itu tidak mempunyai simpanan.

“Kalau pandai laburkan duit tetapi tiada simpanan, ia tetap sangat bahaya sebab bila-bila masa pelaburan boleh lesap begitu sahaja.

“Jadi, yang paling penting adalah simpanan. Tidak kisah berapa banyak pendapatan, jika tidak ada simpanan tetap, sia-sialah sahaja pendapatan yang dia buat,” katanya.

Justeru, ukurlah baju di badan sendiri dan jangan mengikut kehendak nafsu sehingga membebankan diri dan orang sekeliling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN