fbpx
Kak Ma masih belum bersedia untuk menceritakan dengan lebih lanjut sepanjang kehilangannya selama 12 hari di Arau baru-baru ini.

Kak Ma hilang, rupanya beli nasi sendiri di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Misteri siapa yang memberi nasi kepada seorang wanita ketika dia dilaporkan hilang selama 12 hari sebelum ditemui di sebuah pondok sekitar Gua Kerbau, Kodiang, Kedah Khamis lalu terjawab apabila dia akui membeli sendiri makanan itu di kedai.

Adik mangsa, Rohani Jaafar, 44, berkata, kakaknya, Rokiah atau lebih mesra dipanggil kak ma memberitahu nasi itu dibeli di kedai berhampiran gua tersebut menggunakan wang yang dibawanya ketika keluar rumah pada 23 Jun lalu.

Katanya, walaupun begitu, mereka sekeluarga masih belum mengetahui kisah sepenuhnya ekoran kak ma lebih suka mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap ketika ini.

“Cerita penuh dan apa yang sebenarnya berlaku sepanjang kehilangan kakak masih belum terungkai. Ketika ini dia mahu berehat dan enggan diganggu.

“Buat masa ini, dia lebih ba­nyak mendiamkan diri di rumah. Kami juga tidak mengetahui kedudukan pondok yang didakwa menjadi lokasi penemuannya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sabtu lalu, Kosmo! melapor­kan kak ma dari Kampung Katong, Pauh ditemui selamat selepas 12 hari hilang. Sepanjang tempoh itu dia hanya makan nasi sehari sekali.

Dia ditemui pada pukul 7.45 pagi, 4 Julai lalu oleh orang kampung di sekitar kawasan sempadan Perlis-Kedah di Gua Kerbau sebelum memaklumkan kepada ahli keluarganya.

Sebelum ini, Rokiah yang be­kerja sebagai pembuat kerisik kelapa di Kampung Guring Bawah, di sini dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah suami di Kampung Katong.

Menurut Rohani, mereka kini membiarkan kak ma untuk menenangkan fikiran kerana tidak mahu membuatnya tertekan.

“Orang kampung pun ada bertanya tentang kehilangan kakak saya itu tetapi memang kami tidak tahu cerita sebenar,” ujar­nya.

Menurutnya, dia dan keluarga juga tidak tahu punca yang menyebabkan kakak keluar dari rumahnya dan menghilangkan diri.

“Kakak saya mempunyai dua anak berusia lingkungan 30-an hasil perkahwinan terdahulu sebelum mendirikan rumah tangga dengan suami sekarang berusia hujung 50-an tiga bulan lalu,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN