fbpx
AHMAD Husni (kiri) menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak dari Sultan Perak, Sultan Nazrin bagi tahun 1446 Hijrah di Ipoh hari ini.

Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Perak, Profesor Madya Dr. Ahmad Husni Hasan dipilih menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak bagi tahun 1446 Hijrah.

Ahmad Husni yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) itu menerima anugerah tersebut yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Anugerah itu membolehkan Ahmad Husni menerima wang tunai RM15,000, pakej umrah bernilai RM9,000, plak dan sijil yang disampaikan baginda.

Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Ar Ridzuan kepada Felo Penyelidik Utama Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud.

Selain itu, beberapa anugerah lain turut disampaikan iaitu Anugerah Saidina Ali kepada (Mohamad Firdaus Kamaruddin) Anugerah Siti Khadijah (Noor Mazlina Noor Shah) dan Ikon Asnaf (Robunah Abdul Basir).

Anugerah Al-Quba Pengurusan Masjid Terbaik pula diterima Masjid An-Naim, Taman Seri Setia, Teluk Intan manakala Anugerah Al-Baqi Pengurusan Tanah Perkuburan Terbaik pula disampaikan kepada Taman Persemadian Islam Seri Manjung.

Pada majlis sama, pelajar cemerlang Orang Asli yang meraih 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan menerima Anugerah Khas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN