fbpx
Islam merupakan asas kepada Somalia.

5 negara miliki peratusan umat Islam tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAMBUTAN Maal Hijrah sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Peristiwa persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar itu juga menjadi titik tolak bagi perkembangan umat Islam dan penyebaran ke seluruh dunia.

Hasilnya, Islam menjadi salah satu agama terbesar di dunia dengan jumlah seramai lebih 2 bilion umat pada ketika ini.

Biarpun Indonesia merupakan negara dengan populasi umat Islam tertinggi dari segi angka iaitu 242.7 juta orang, namun dari segi peratusan penduduk negara itu yang beragama Islam adalah sekitar 87 peratus (%).

Justeru, Panorama menyenarai lima negara dengan peratusan umat Islam paling tinggi di dunia menurut World Population Review.

Maldives (100%)

semua warga Maldives merupakan penganut Islam berdasarkan perlembagaan 2008 atau ‘Fehi Qānoon’.
Ini bermaksud, penganut bukan Islam tidak diberikan hak kerakyatan dan tidak dibenarkan untuk mengundi.
Bagaimanapun, pemastautin, pelancong dan pekerja di pulau paling cantik dunia itu bebas menganut agama lain secara tertutup.

Mauritania (99.89%)

Menurut anggaran rasmi kerajaan Mauritania, rakyatnya terdiri daripada 99.89% penganut beragama Islam.
Pada April 2018, parlimen meluluskan undang-undang yang memperketatkan hukuman mati bagi kesalahan murtad.
Bagi peratusan kecil Kristian dan Yahudi, kebebasan penerbitan bahan keagamaan mereka adalah terhad.

Somalia (99.8%)

Perlembagaan Somalia dengan tegas menetapkan Islam sebagai asas kerangka undang-undang dan budaya negara itu.
Ia memupuk prinsip syariah dalam proses perundangan dan memastikan nilai dan amalan Islam adalah penting kepada identiti nasional.

Afghanistan (99.7%)

Perkara 2 Perlembagaan Afghanistan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Penduduk bukan Islam di Afghanistan termasuk komuniti kecil Sikh, Hindu dan Kristian.
Terdapat juga beberapa ahli agama Baha’i dan Zoroaster, namun bilangan mereka sangat kecil.

Iran (99.4%)

Kebanyakan rakyat Iran beraliran Islam Syiah dengan sebilangan jumlah minoriti Sunni yang rendah.
Iran mempunyai komuniti kecil minoriti agama, termasuk Kristian, Yahudi, Zoroaster dan Baha’i.
Kumpulan ini mempunyai kebebasan beragama yang terhad dan menghadapi cabaran sosial serta undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN