fbpx

PM gariskan enam teras strategik DPN 2020-2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran DPN 2020-2030 secara maya di laman Facebook Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini.

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan enam teras strategik utama di bawah Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan hari ini dalam usaha memulihkan semula serta menjamin kelangsungan industri pelancongan negara.

Enam teras strategik itu ialah transformasi tadbir urus; mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang inklusif; mempergiatkan digitalisasi pelancongan; memperkayakan pengalaman dan kepuasan pelancong; memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua subsektor pelancongan.

Perdana Menteri berkata, menerusi DPN, Malaysia akan mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau Special Tourism Investment Zones bagi meningkatkan kerjasama awam dan swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa.

“Sehubungan itu, pembangunan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital adalah penting bagi memastikan objektif dasar ini dapat dicapai.

“Tambahan pula, kemajuan teknologi juga dapat mengukuhkan jaringan antara industri serta membuka jalan bagi subsektor inovatif baharu dalam industri pelancongan yang akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman ucapan sempena majlis pelancaran DPN 2020-2030 secara maya di laman Facebook Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI