fbpx

Pemilik PPR dikesan sewakan unit kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming. Foto oleh AMIR KHALID KOSMO!

IPOH – Operasi besar-besaran akan dilaksanakan bagi mengesan pemilik program perumahan rakyat (PPR) yang melanggar kontrak khususnya menyewakan unit mereka kepada warga asing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, didapati ada pemilik unit turut menyewakan rumah mereka kepada pekerja warga asing yang tidak sah.

“Kementerian akan menguatkuasakan undang-undang dan melakukan operasi besar-besaran tidak lama lagi.

“PPR adalah perumahan sosial yang disubsidikan. Kos untuk membangunkan PPR hampir RM300,000, tetapi pembeli hanya bayar RM45,000. Dengan kata lain, setiap unit rumah, dibayar (ditanggung) RM240,000 lebih subsidi kepada mereka.

“Bila mereka memohon PPR, mereka memberikan alasan kerana mereka tiada rumah. Bila dah dapat, tidak duduk pula dan sewa kepada orang lain,” katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Jalan Utama Bandar Seri Botani di sini hari ini.

Katanya, semua pemilik PPR wajib duduk dan mematuhi syarat-syarat dalam kontrak.

“Anda telah bersetuju dan menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi perjanjian yang dibuat. Itu tanggungjawab anda.

“Kita dapati ramai, apabila dapat PPR, dia sewa. Bukan sahaja sewa, malah sewa kepada pekerja asing. Ada juga yang sewa kepada pekerja asing tanpa izin. Keadaan ini kita tidak akan kompromi,” katanya.

Kor Ming melahirkan rasa kesal ekoran sikap tidak bertanggungjawab itu kerana menyukarkan usaha untuk menyediakan unit rumah bagi mereka yang sangat memerlukan.

“Jika keadaan sedemikian berterusan, saya berasa amat kesal. Sampai hari kiamat pun masalah kekurangan rumah tidak akan mampu selesai. Apabila anda dapat, anda tidak duduk. Anda sewakan, dapat untung dan memohon semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI