fbpx
SELAIN mahu terus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi, Itali mahu menjadikan kempen Euro kali ini sebagai medan melepaskan geram selepas gagal ke Piala Dunia di Qatar lalu. - AFP

Euro 2024: Misi Itali mahu pulih maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JUARA bertahan, Itali menggalas misi cukup besar pada pusingan akhir Euro 2024 apabila mahu mengembalikan maruah mereka yang sudah tercalar selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia Qatar 2022.

Meskipun memegang status sebagai juara bertahan Euro, namun kegagalan melayakkan diri ke Piala Dunia dua kali berturut-turut sebelum ini menjadi tamparan hebat buat skuad kendalian Luciano Spalletti itu.

Justeru, edisi kali ini menjadi peluang terbaik bagi membuktikan mereka masih merupakan salah satu pasukan yang perlu digeruni dan untuk melakukannya, Itali wajib menjadi juara serta mempertahankan gelaran sebagai ‘Raja Eropah’.

Menerusi kombinasi pemain muda dan senior yang dipanggil kali ini, pasukan yang terkenal dengan julukan The Azzurri itu boleh dianggap memiliki kemampuan untuk menutup mulut para pengkritik.

Spalletti menggesa anak-anak buahnya supaya memberikan segala-galanya pada kejohanan itu nanti kerana mereka menggalas tanggungjawab cukup besar bagi merealisasikan hasrat seluruh rakyat Itali.

“Semua orang tahu bahawa suasana di Coverciano kelihatan sangat biru dengan langitnya tetapi apa yang lebih biru sekarang adalah pemain-pemain Itali yang menyarung jersi pasukan kebangsaan.

“Apabila anda menyarung jersi ini, anda perlu bersiap sedia untuk membuktikan bahawa anda benar-benar layak untuk memakainya. Oleh itu, saya harap semua pemain tahu apa yang perlu dilakukan nanti,” katanya.

Bahagian tengah dianggap menjadi posisi terkuat Itali pada Euro nanti apabila dibarisi bekas Pemain Terbaik Eropah, Jorginho dan Nicolo Barella yang mampu mengucar-kacirkan struktur pasukan lawan.

Difahamkan, pemain-pemain Itali bakal menerima tonik tambahan apabila mereka dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan legenda-legenda pasukan itu seperti Gianni Rivera, Giancarlo Antognoni, Roberto Baggio, Alessandro Del Piero dan Francesco Totti sebelum berlepas ke Jerman.

Menjelang aksi Euro nanti, Itali dijangka berdepan masalah untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Sepanyol dan Croatia serta Albania.

Atas kertas, Azzurri mampu untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati bersama Sepanyol, namun dua pasukan itu bagaimanapun tidak boleh mengambil mudah cabaran Croatia. – AGENSI

INFO

JURULATIH: Luciano Spalletti
GELARAN: Azzurri
PENCAPAIAN: Juara (1968, 2020)
RANKING: No.9 dunia
KUMPULAN: B (Sepanyol, Croatia, Albania)

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)
Guglielmo Vicario (Tottenham Hotspur)
Alex Meret (Napoli)
Ivan Provedel (Lazio)

PERTAHANAN
Francesco Acerbi (Inter Milan)
Alessandro Bastoni (Inter Milan)
Raoul Bellanova (Torino)
Alessandro Buongiorno (Torino)
Riccardo Calafiori (Bologna)
Andrea Cambiaso (Juventus)
Matteo Darmian (Inter Milan)
Giovanni Di Lorenzo (Napoli)
Federico Dimarco (Inter Milan)
Gianluca Mancini (AS Roma)
Giorgio Scalvini (Atalanta)

TENGAH
Jorginho (Arsenal)
Nicolo Barella (Inter Milan)
Bryan Cristante (AS Roma)
Nicolo Fagioli (Juventus)
Michael Folorunsho (Verona)
Davide Frattesi (Inter Milan)
Lorenzo Pellegrini (AS Roma)
Samuele Ricci (Torino)

PENYERANG
Federico Chiesa (Juventus)
Giacomo Raspadori (Napoli)
Stephan El Shaarawy (AS Roma)
Mateo Retegui (Genoa)
Mattia Zaccagni (Lazio)
Riccardo Orsolini (Bologna)
Gianluca Scamacca (Atalanta)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN