fbpx
PENYERANG Itali, Mateo Retegui (depan) gagal menghadirkan impak positif ketika seri tanpa jaringan dengan Turkiye awal pagi semalam. - AFP

Euro 2024: Penyudah juara bertahan ‘berkarat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOLOGNA – Itali memulakan persiapan ke arah Euro 2024 dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi persahabatan menentang Turkiye yang berlangsung di Stadium Renato Dall’Ara awal pagi semalam.

Meskipun keputusan seri itu boleh dianggap positif, namun ketua jurulatih Azzurri, Luciano Spalletti merasakan ia masih belum mencukupi dalam usaha mereka untuk mempertahankan kejuaraan.

Justeru, beliau berharap semua pemain menunjukkan aksi lebih baik menjelang aksi persahabatan akan datang sekiranya mereka mahu berada dalam senarai akhir 26 pemain dibawa ke Euro 2024.

“Kami tidak begitu tajam dan konsisten dalam perlawanan hari ini (semalam), namun ada beberapa kali pemain menunjukkan aksi lebih baik. Ini adalah permulaan untuk saya lakukan proses pemilihan.

“Masih ada beberapa lagi perlawanan untuk saya membuat penilaian terhadap prestasi semua pemain. Kami akan gunakan setiap masa yang ada untuk melihat kemampuan pemain sebelum membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengakui, ada beberapa pemain terpaksa beraksi dalam keadaan penat selepas mengharungi rejim latihan keras yang diterapkan bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya sebaik Euro berlangsung.

“Saya tahu ada sebahagian pemain masih penat dan sukar untuk bermain seperti biasa. Saya dapat lihat pasukan mampu memberikan tekanan kepada lawan tetapi kami juga sering kehilangan penguasaan bola,” ujar Spalletti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN