fbpx

Zii Jia sedia lawan pemain handalan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA dijangka tiada masalah untuk melepasi pusingan kedua apabila menentang Hong Yang dari China hari ini.

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia percaya dia tidak berdepan laluan mudah pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta meskipun sudah melayakkan diri ke pusingan kedua.

Memandangkan ia bertaraf Jelajah Dunia Super 1000, Zii Jia sedar setiap pusingan akan menjanjikan aksi sukar memandangkan hampir kesemua pemain terbaik dunia hadir pada kejohanan tersebut.

Justeru, bekas juara Asia dan All England itu perlu menampilkan aksi terbaik meskipun kondisi badan belum pulih sepenuhnya ekoran masalah hamstring dihadapi selepas Malaysia Masters sebelum ini.

Tambah Zii Jia, Terbuka Indonesia mampu menjadi medan terbaik untuk menguji kemampuan sebagai persediaan ke arah Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris, Perancis bermula 26 Ogos hingga 11 Julai depan.

“Bagi saya, kejohanan ini mampu menjadi medan ujian terbaik untuk saya kerana semua pemain handalan dunia datang ke sini. Apa yang pasti, setiap perlawanan dalam mana-mana pusingan akan menjadi sukar.

“Memandangkan setiap perlawanan diharungi nanti sukar, jadi sudah tentu ia merupakan sesuatu yang baik untuk saya. Sama ada bermain dalam keadaan baik ataupun tidak, yang penting ia adalah cabaran terbaik untuk saya,” katanya.

Kelmarin, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu memastikan tempat ke pusingan kedua selepas menyingkirkan pemain Hong Kong, Ng Ka Long menerusi kemenangan straight-set 21-17, 21-16 dalam tempoh 40 minit.

Menjelang pusingan kedua hari ini, Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir apabila dijadualkan menentang pemain No.19 dunia dari China, Weng Hong Yang.

Sebagai rekod, pemain No.7 dunia itu semakin hampir untuk kembali ke prestasi terbaik selepas memenangi Terbuka Thailand bulan lalu selain muncul naib juara Malaysia Masters seminggu kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI