fbpx
GAMBAR fail kejadian pokok tumbang yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima kenderaan rosak dan seorang maut di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.

Badai Sumatera punca ribut, angin kencang di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kejadian ribut petir dan angin kencang yang kerap terjadi di Pantai Barat terutama Lembah Klang pada masa ini turut dipengaruhi oleh fenomena Badai Sumatera yang dibawa dari kepulauan negara jiran terbabit.

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, Balai Suma­tera merupakan garisan ribut dari Sumatera, Indonesia yang merentasi Semenanjung Malaysia menerusi Selat Melaka.

“Fenomena itu menyebabkan kawasan tengah hingga selatan Semenanjung Malaysia mencerap lebih banyak titisan air membawa hujan pada se­belah pagi.

“Sebab itu banyak kejadian ribut petir dan angin kencang berlaku di kawasan tersebut pada masa ini, namun feno­mena Badai Sumatera bukanlah berlaku setiap hari pada Monsun Barat Daya (MBD) ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


JING XIANG

Beliau mengulas kekerapan kejadian ribut petir dan angin kencang sehingga menyebabkan banyak pokok tumbang di Pantai Barat terutama Lembah Klang pada masa ini.

Kejadian pokok tumbang tersebut menyebabkan ba­nyak kerosakan harta termasuk nyawa seperti yang berlaku di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Pinang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jing Xiang berkata, kejadian ribut petir dan angin kencang yang kerap berlaku pada waktu petang adalah fenomena yang biasa berlaku sewaktu tempoh peralihan MBD.

Jelas beliau, MBD baru bermula pada 17 Mei lalu dan akan membawa cuaca kering ke negara ini secara beransur-ansur.

“Sehubungan itu, situasi hujan ekstrem yang berlaku pada masa ini dijangka berakhir dalam masa terdekat.

“Apa pun saya berharap orang ramai berhati-hati dan sentiasa peka dengan perubahan cuaca ini dan merancang perjalanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN