fbpx
Dua kelompok lampu kiub kecil bersebelahan lampu depan mencetuskan pencahayaan yang cukup menarik.

Anggun, mewah SUV elektrik berstatus 2024 World Car of The Year

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBELUM ini, syarikat Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. telah membawa masuk dua model kenderaan elektrik (EV) iaitu Kia EV6 dan Niro EV untuk pasaran Malaysia.

Pada 3 Mei lalu, syarikat itu telah melancarkan satu lagi model EV, kali ini dalam kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) sebagai pilihan kepada pembeli di negara ini.

Karakter SUV bersaiz besar dengan rekaan yang unik ini telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti 2024 World Car of The Year dan Best of the Best Award in Cars and Motorcycles category by Red Dot Award 2024.

Kia EV9 merupakan model pertama SUV dengan tiga baris tempat duduk yang dibina menggunakan platform Kia’s Electric Global Modular Platform (E-GMP).

Ketika model ini ditunjukkan kepada media automotif baru-baru ini, penulis sendiri kagum dengan rekaan luarannya yang tampil dengan gaya terkini. Penulis difahamkan, EV9 hadir dengan imej gaya berani, anggun dan canggih di bahagian dalam dan luar.

Kehadiran visualnya yang meyakinkan diilhamkan oleh falsafah reka bentuk ‘Opposites United’ Kia, EV9 membayangkan SUV elektrik dengan keseimbangan unik elemen semula jadi dan moden. Tambahan pula, model ini boleh dikatakan bersaiz besar.

Dari segi ukuran, panjang model ini mencapai 5,010 milimeter (mm), tinggi (1,755 mm), lebar ( 1,980 mm) dan jarak antara roda (3,100 mm). Besarkan?

Bahagian hadapan EV9 memancarkan keyakinan, kejelasan dan ketenangan dengan garisan dan permukaan yang jelas.

Cermin sisinya adalah jenis lensa kamera, bukan cermin.

Jentera ini merupakan model EV dengan signatur ‘Wajah Harimau Digital’ yang mempamerkan identiti uniknya dengan serlahan ‘jeriji palsu’ Jeriji Pencahayaan Corak Digital yang menambahkan unsur dinamisme dan kecanggihan.

Sementara itu, lampu hadapan menegaknya memberikan EV9 penampilan yang berwawasan dan futuristik. Wajah Harimau Digitalnya menampilkan dua kelompok lampu kiub kecil bersebelahan setiap lampu depan.

Cermin sisi SUV ini pula jenis lensa kamera, bukan cermin. Canggih tak?

Bahagian belakang EV9 pula datang dengan lampu belakang LED ‘Star Map’ LED Daytime Running Lights (DRL) yang menghasilkan corak pencahayaan animasi canggih dan memberikan kenderaan itu rupa yang boleh dikenali serta-merta. Secara tidak langsung, EV9 mempunyai karakter dengan identiti tersendiri!

Untuk pasaran Malaysia, dua varian ditawarkan untuk model ini enam tempat duduk dan tujuh tempat duduk. Tawaran dua konfigurasi tempat duduk itu adalah bagi menampung keperluan penumpang yang berbeza.

Penumpang yang duduk di tempat duduk baris pertama (pemandu) dan kedua boleh melabuhkan tempat duduk mereka secara serentak, menambah sentuhan kemewahan dan keselesaan, sama seperti pengalaman gaya ‘lounge’.

Selain kabinnya yang luas dan lapang, EV9 direka bentuk dengan elegan, berkualiti premium dan mesra pengguna. Papan pemuka panoramik terapungnya memanjang dari stereng ke tengah kenderaan.

Hadir dengan dua skrin sentuh bersaiz 12.3 inci yang disepadukan dengan paparan segmen lima inci untuk meningkatkan pengalaman digital serta menawarkan kawalan mudah ke atas fungsi kenderaan, ia memastikan butang fizikal pada tahap minimum.

Cita rasa premium dapat dirasakan di bahagian dalamnya.

Selain itu, EV ini dilengkapi dengan teknologi yang mempertingkat keselamatan, ketersambungan dan infotainment.

Ia direka untuk menjadikan perjalanan lebih selamat, lebih mudah dan lancar berteraskan sistem infotainment yang hadir dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas telefon pintar tanpa wayar yang pantas dan port USB-C untuk pengecasan.

Ia juga dilengkapi dengan sistem audio jenama Meridian dengan 14 speaker yang memberikan pengalaman bunyi yang benar-benar mengasyikkan.

Tenaga penggerak EV ini ialah pek bateri voltan tinggi 99.8kWj yang digandingkan dengan dua motor elektrik dan mampu menghasilkan kuasa maksimum 380hp dan tork tertinggi 700Nm.

Penulis difahamkan EV9 ini boleh bergerak sejauh 505 kilometer (km) (WLTP) dengan sekali cas.

Kia EV9 yang diimport sepenuhnya dari Korea Selatan ini turut menawarkan ciri-ciri keselamatan termaju seperti High Beam Assist (HBA), Parking Collision-Avoidance Assist (PCA), Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA) dan Rear Cross-Traffic Collision Assist (RCCA), Lane-Change Side (LCS), Driving Steering Assist (DSA), Auto Evasive Steering Assist (ESA) dan Smart Cruise Control (SCC).

Sebanyak lima warna ditawarkan seperti biru (Ocean Blue), putih (Snow White Pearl), kelabu (Pebble Gray), hitam (Aurora Black Pearl) dan hijau (Iceberg Green).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN