fbpx
Tempahan biskut raya haji melonjak secara mendadak selepas pengumuman pengeluaran wang Akaun Fleksibel 14 Mei lalu.

‘Tiba-tiba ramai buat pembelian online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pengeluaran Akaun Fleksibel turut memberi rezeki kepada peniaga online apabila mendakwa menerima lonjakan tempahan dan permintaan terhadap produk mereka terutama berkaitan makanan dan barangan.

Ummi Nadiah Rusli berkata, tempahan biskut untuk Aidiladha yang disambut pada Jun depan dan pencuci mulut yang dia hasilkan meningkat sehingga 40 peratus sejak 14 Mei lalu.

“Sebelum ini tidak begini dan saya agak ia melonjak kerana orang ramai sudah dapat duit Akaun Fleksibel. Tahun lalu tidak begini.

“Tempahan tidak putus-putus sejak minggu lalu termasuk daripada pelanggan baharu. Sambutan sungguh luar biasa kerana setakat ini saya sudah terima tempahan 100 bekas biskut raya dan pencuci mulut,” katanya.

Menurut Ummni Nadiah, untuk perayaan sama tahun lalu, dia hanya menerima tempahan kurang 50 bekas biskut raya atau bersamaan 20 peratus.

Sementara itu, peniaga tudung, Noor Sharmira Hanim Roosman berkata, kuasa membeli produk jualan tudung bawal, shawl dan bouquet meningkat sejak minggu lalu.

“Pelanggan bukan sahaja terdiri dalam kalangan orang muda, ramai wanita-wanita yang bekerja.

Mereka tidak tunggu lama untuk pilih dan beli berbanding sebelum ini di mana mereka terus mendiamkan diri sebaik dimaklumkan tentang harga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN