fbpx
Anwar berucap ketika menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tokun, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Cadangan ‘satu pemimpin jaga satu kampung’ dibentang Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan cadangan seorang pemimpin untuk menjaga sebuah kampung dalam mesyuarat Jemaah Menteri, pada Rabu ini.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk untuk memastikan setiap pemimpin bertanggungjawab secara langsung dalam menjaga kebajikan kampung.

Menurutnya, cadangan itu susulan hasil maklumat yang diperolehi menerusi pertemuannya bersama masyarakat Permatang Pauh yang berlangsung pagi tadi.

“Peruntukan kerajaan ada berbilion untuk bantu kampung-kampung tetapi kadangkala yang kita bagi itu tidak sama seperti yang orang minta. Sebagai permulaan, saya memilih Kampung Cherok Tok Kun untuk diselia dan disusuli setiap ahli jemaah menteri yang lain.

“Saya panggil semua wakil masyarakat di kampung, mereka perlu beritahu apa masalah yang berlaku dan kita akan cuba selesaikan,” katanya ketika berucap di Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tokun, di Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dengan menjaga kampung, pimpinan kerajaan dapat lebih memahami masalah asas melibatkan isu sosio-ekonomi.

“Sebagai contoh, saya sendiri mahu tahu apa masalah yang berlaku di kampung seperti masalah pengangguran, penagihan dadah, miskin tegar dan bagaimana ia boleh berlaku?

“Saya akan pastikan mesyuarat diadakan bersama pimpinan tempatan bagi memperoleh maklumat yang lebih tepat dan semua ini akan dibincang terus dengan orang kampung.” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN