fbpx
ZARNI YUHERLINA membuat kuih-muih bagi menampung perbelanjaan keluarganya selepas kematian suami di Melaka baru-baru ini. –SYAFEEQ AHMAD

Jual kuih bantu ibu raih pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Empat beradik di Bukit Beruang dekat sini terpaksa bergantung harap pada kudrat ibu mereka yang hanya mampu mencari rezeki dengan jualan kuih-muih selepas bapa maut dalam insiden gas meletup, tahun lalu.

Menurut ibunya, Zarni Yuherlina Ansharuddin, 47, kehidupan anak-anaknya masing-masing berusia 19, 17, 13 dan 10 itu berubah sekelip mata apabila pendapatan isi rumah terpaksa dicatu.

Malah katanya, mereka sekeluarga juga tidak membuat sebarang persiapan bagi Syawal kali ini kerana ingin mengutamakan perbelanjaan persekolahan.

“Arwah suami, Zulkarnaeni Lubis, 50, bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Insiden berlaku pada 17 Ramadan tahun lalu apabila gas di dapur tiba-tiba meletup ketika anak ingin masak telur dadar.

“Arwah ketika itu dalam bilik air sedang mandi, cepat-cepat keluar nak membantu, tetapi api menyambar sehingga dia terperangkap di bucu dinding dan pintu plastik yang cair terkena badannya,” katanya sebak.

Ujarnya, suaminya yang melecur 48 peratus melibatkan bahagian pinggang dan ke atas bertarung nyawa selama 52 hari di Unit Rawatan Rapi, Hospital Me­laka sebelum meninggal dunia.

“Saya memang tak ada kemahiran lain selain membuat kuih-muih, jadi inilah pendapatan kami sekeluarga sekarang dan anak-anak saya semuanya masih belajar termasuk anak sulung.

“Anak bongsu yang melihat kesusahan saya bangun seawal pukul 3 pagi membuat kuih turut kasihan dengan ibunya sehingga dia sendiri mahu bantu jual kuih disekolahnya, kadang-kadang sampai 30 biji dibawanya,” katanya.

Jelasnya, dia hanya memperoleh pendapatan kurang RM100 sehari dan perlu membayar sewa rumahnya sebanyak RM450 sebulan, selain perbelanjaan barang dapur sekitar RM500 dan keperluan anak-anak.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Public Bank 6928208203 atas penama Zarni Yuherlina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN