fbpx
AMANDA mengimpikan calon suami yang bersikap positif dan bertanggungjawab.

Amanda perbaiki diri daripada komen netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Tidak menduga kemunculan sementaranya dalam sebuah rancangan YouTube popular, ­Alieff Irfan membawa tuah buat gadis Pesona Ahad minggu ini, Farisya Amanda Abdul Halim Chua, 24, yang mengakui selesa berke­cimpung dalam dunia glamor walaupun pernah dihujani komen negatif.

Penangan daripada kemunculan Farisya Amanda atau mesra disapa Amanda di platform YouTube itu, membuka lebih banyak ruang dan rezeki buat dirinya dalam bidang peragaan sehingga menjadi rebutan beberapa jenama pakaian terkenal.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis manis berketurunan Melayu-Cina ini berkongsi tentang dirinya yang merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan juga seorang mo­del peragaan.

Kosmo! Ahad: Ceritakan tentang diri Amanda?
Amanda: Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan dan kini me­netap di Shah Alam, Sela­ngor.

Saya gra­duan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Malaysia University Science & Technology (MUST) dan merupakan anak pertama daripada tiga orang adik-beradik.

Personaliti sebenar seorang model?
Walaupun saya tampak confident setiap kali memperagakan busana peragaan, namun sebenarnya saya seorang yang pemalu dan ambil masa untuk beramah mesra bersama orang baru.
Tapi, apabila dah selesa, saya boleh jadi seorang yang mesra dan periang.

Bagaimana mula dikenali?
Orang kenal saya sebagai seorang model dan pempengaruh. Awalnya saya bermula sebagai seorang model sambilan sebelum diberi kepercayaan untuk memperaga dan mempromosi banyak jenama pakaian tempatan.

Kemudian, pada awal tahun ini, saya berpeluang untuk me­nyertai rancangan YouTube AI Team sebagai salah seorang ta­lent sementara, sekali gus membuatkan nama saya lebih dikenali ramai.

 

AMANDA bercita-cita menjadi seorang ahli perniagaan berjaya satu hari nanti.

Awal permulaan karier?
Seawal usia 19 tahun, saya mula menceburkan diri dalam dunia peragaan. Ketika itu, saya mencuba nasib dengan berkongsi foto di Instagram, sebelum dilamar oleh sebuah jenama pakaian tempatan untuk memperagakan produk mereka.

Impian Amanda yang belum tercapai?
Impian saya semestinya mahu membahagiakan keluarga dan berjaya dengan apa yang saya usahakan.

Buat masa sekarang, saya mahu mencabar diri untuk terokai semua perkara berkaitan media sebagai nilai tambah kepada personal branding saya. Selain bidang peragaan, saya juga mahu menjadi seorang ahli perniagaan.

Perkara yang ditakuti ketika nama melonjak naik?
Apa yang paling saya takuti ialah ketika menerima komen negatif daripada peminat.
Jika ia boleh merosakkan diri sendiri, saya pilih untuk ‘butakan’ mata dan ‘pekakkan’ telinga, tetapi jika sebaliknya, saya akan jadikan ia sebagai pemangkin semangat untuk terus berusaha dan perbaiki diri.

Nasihat untuk wanita masa kini?
Mereka perlu ada aset sendiri dan belajar hidup berdikari supaya boleh menempuhi asam garam kehidupan tanpa bergantung pada lelaki semata-mata.
Menjadi wanita berkerjaya sememangnya impian setiap wanita, walau apapun pekerjaan kita, jangan lupa untuk sayangi diri sendiri dan cintai apa sahaja yang kita sedang lakukan.

Ciri lelaki idaman?
Ciri-ciri idaman lelaki yang saya idami mestilah seorang yang matang, positif dan bertanggungjawab.

Sering kali dilihat bersama ahli keluarga selebriti Neelofa,apa hubungan Amanda dengan selebriti tersebut?
Tiada apa-apa hubungan persaudaraan, kami hanya terkait selepas ibu saudara saya berkahwin dengan sepupu Neelofa.
Ada kalanya, ahli keluarga kedua-dua belah pihak berkumpul di rumah ibu saudara saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN