fbpx
PLATFORM Coursera memberi peluang kepada orang ramai untuk mendalami bidang AI secara online.

Platform belajar AI secara dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIDANG pendidikan telah membuka ruang baharu dalam pembelajaran subjek kecerdasan buatan (AI) bagi membuka peluang buat generasi muda menguasai kemahiran tersebut.

AI merupakan antara bidang yang menjanjikan pelbagai peluang bukan sahaja pekerjaan, malah pembangunan negara pada masa hadapan.

Sehubungan itu, platform pembelajaran dalam talian, Coursera, Inc. (Coursera) telah melancarkan Akademi AI Generatif (GenAI) di Malaysia susulan kejayaan pelancaran globalnya pada awal tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coursera, Jeff Maggioncalda (Jeff), akademi tersebut menawarkan kombinasi program literasi asas dan pendidikan eksekutif daripada universiti penyelidikan dan syarikat terkemuka yang menerajui bidang AI.

Antara syarikat tersebut ialah Microsoft, Stanford Online, Vanderbilt University, DeepLearning.AI, Google Cloud dan AWS.

“Teknologi baharu muncul seperti AI Generatif sedang mentransformasi cara kita belajar, mengajar dan bekerja.

“Biarpun teknologi ini memiliki potensi besar untuk menjana inovasi dan produktiviti, namun ia turut menimbulkan risiko,” katanya ketika memberi taklimat pada Media Roundtable GenAI di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Jeff, bagi menangani cabaran tersebut dan merealisasikan keupayaan maksimumnya, akses kepada kandungan GenAI yang bermutu tinggi adalah sangat penting.

Oleh yang demikian, Akademi GenAI bertujuan melengkapkan para eksekutif dan pekerja dengan kemahiran menggunakan AI secara selamat dan berkesan.

Katanya lagi, satu laporan oleh Access Partnership dan MyDIGITAL Corporation menganggarkan GenAI mampu menambah RM536.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan pendidikan dan peningkatan kemahiran sebagai pemacu penting.

JEFF (dua dari kiri) menyampaikan taklimat berkaitan Akademi GenAI sewaktu sesi Media Roundtable di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Justeru, akademi ini direka bentuk bagi melengkapkan para eksekutif dan pekerja dengan kemahiran diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran kerja yang dipacu oleh AI.

“Ini secara tidak langsung dapat menyokong aspirasi Malaysia ke arah negara berpandukan digital dan berpendapatan tinggi.

“Program literasi asas, GenAI Academy for Everyone memberi pemahaman menyeluruh tentang prinsip teras, aplikasi dan impak AI Generatif.

“Ia bagi membolehkan pekerja meningkatkan produktiviti dan inovasi menerusi alatan AI,” ujarnya.

Jelasnya lagi, GenAI Academy for Executives pula bertujuan meningkatkan pengetahuan para pemimpin tentang aplikasi AI dan pengaruhnya dalam pasaran.

Ujarnya, ia bagi membantu mereka membuat pilihan strategik dan beretika sambil memimpin pasukan menghadapi perubahan yang dinamik.

“Visi ekonomi digital Malaysia bergantung pada keupayaannya untuk membangunkan tenaga kerja yang mahir dan pelbagai.

“Seiring dengan lonjakan dalam pekerjaan digital dan kerja jarak jauh, kami teruja untuk memperkasakan para pengguna dan institusi-institusi di Malaysia dengan pelbagai inovasi AI.

“Ia bertujuan merapatkan jurang antara luar bandar dan bandar serta membina tenaga kerja yang inklusif,” kongsinya lagi.

Sejak tercetusnya pandemik Covid-19, pengguna Malaysia di Coursera telah berkembang hampir empat kali ganda, dengan 754,000 pengguna dan 1.4 juta pendaftaran.

Syarikat dan universiti seperti Axiata, Panasonic, Telekom Malaysia, Johor Corporation, Maxis, BAC Education, Universiti Wawasan, Universiti

Unirazak serta Kolej Mantissa sedang memanfaatkan Tawaran Perusahaan Coursera bagi membina tenaga kerja menghadapi masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN