KALAU dahulu cuma ada Jakel atau Gulatis yang mampu mengupah dan menyarungkan koleksi baju keluaran raya masing-masing ke tubuh bintang-bintang ternama, kini tidak lagi. Daripada sehebat-hebat nama, trend itu menjalar sehingga butik-butik yang baru hendak mengintai pasaran mainstream raya, semua pun sudah ‘garang’ mempamerkan wajah-wajah mahal sebagai ‘racun engagement’ menjadi taruhan algoritma kempen promosi raya, khususnya dalam pusat beli-belah digital atau media sosial. Dahulu juga, hanya pembeli yang ada kemampuan waktu dan tenaga berkunjung butik atau karnival mencari baju diingini.……