fbpx
KEHIDUPAN pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bakal diserikan kehadiran orang baharu Jun tahun ini, sekali gus melengkapkan lagi keluarga kecil mereka.

Mengandung kali ini, Zahirah ‘belasah’ semua – Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEJAM celik, sudah lebih empat tahun Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza membina kehidupan bahagia berumah tangga.

Setahun selepas bergelar suami isteri, mereka menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Isaac Raees pada 5 Januari 2021 di Perth, Australia.

Tahun ini, Zahirah akan memikul tanggungjawab lebih besar apabila hamil anak kedua.

Biarpun sudah diketahui umum sejak Disember lalu, melirik ke arah pemilik nama lengkap Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, itu, terdetik rasa hampir tidak percaya bahawa wanita itu sedang hamil dan bakal menimang anak kedua Jun depan.

Masakan tidak, badannya tidak kelihatan seperti ibu hamil. Dia masih langsing meskipun sedang berbadan dua.

SEMAKIN bertambah ahli keluarga, Aiman dan Zahirah teruja menghitung hari untuk menimang anak kedua yang dijangka lahir, Jun ini.

Lebih mengagumkan apabila pelakon Bulan & Pria Terhebat itu masih aktif bekerja walaupun kandungannya hampir memasuki trimester ketiga.

“Sekarang saya sudah enam bulan, nak masuk tujuh bulan mengandung dan masih bekerja selagi boleh.

“Saya rasa buat masa ini, saya masih punya kudrat berganda untuk giat bekerja.

“Persiapan belum buat lagi. Barang bayi pun saya tidak beli lagi, mungkin cari kelengkapan bulan hadapan,” katanya kepada HibGlam.

Ditebak tentang jantina bayi, Zahirah tersenyum dan enggan mendedahkan perihal terbabit selagi belum sampai waktunya.

“Jantina bayi saya dah tahu. Insya-Allah saya akan dedahkan kelak,” jelasnya.

Seperti yang disebutkan di perenggan terdahulu, Zahirah sememang tidak kelihatan seperti wanita mengandung dek fizikalnya yang langsing, anak seni kelahiran Kuala Lumpur itu tetap mengalami kenaikan berat badan.

Jadi , soal langsing bukanlah satu masalah memandangkan perjalanan kehamilannya sama seperti wanita lain.

“Naik berat badan? Itu semestinyalah sebab normal wanita mengandung akan semakin berisi.

“Mungkin saya sangat aktif, itu yang tidak nampak ketara perubahan badan walaupun naik sebanyak 10 kilogram (kg),” tutur pelakon jelita itu.

SELAIN Aiman
dan Zahirah, anak sulung mereka, Isaac paling tidak sabar menunggu kedatangan seorang adik, Jun nanti.

Isaac jadi ‘abang-abang’

Kongsi Zahirah lagi, kini anak pertamanya Isaac yang bersemangat dan tidak sabar menanti kehadiran adik.

“Penerimaan Isaac untuk dapat adik, dia sangat teruja. Setiap hari akan cium perut dan cakap dengan adiknya dalam perut.

“Dia pun sudah beritahu semua orang bahawa dia akan jadi abang.

“Kami nampak sifat kematangan dan dah menonjol perangai ‘abang-abang’ dalam dirinya,” ujarnya lagi.

ZAHIRAH dan Aiman serta anak mereka, Isaac Raees kini bergelar duta jenama kasut Clarks.– SHIDDIQIN ZON

Zahirah mengidam

Mencelah dalam perbualan, Aiman yang setia di sisi pula menyifatkan, sepanjang kehamilan kedua ini, Zahirah jauh berbeza berbanding ketika mengandung anak sulung.

“Anak kali ini sangat berbeza, Zahirah lebih aktif. Tak tahu dari mana tenaga tersebut datang.

“Ira (Zahirah) tidak pernah minum minuman berkarbonat dan makan nasi seperti nasi lemak.

“Namun, disebabkan tengah mengandung, dia ‘belasah’ semua makanan walaupun tidak pernah makan sebelum ini,” seloroh aktor berusia 35 tahun itu.

Ditanya mengenai perasaan menjadi bapa kepada dua orang cahaya mata, Aiman ternyata teruja untuk menimang ahli keluarga baharu tidak lama lagi.

“Saya baru sedar betapa keluarga saya semakin membesar.

“Teruja sebenarnya, namun pada masa sama menyedari tanggungjawab saya juga semakin bertambah besar.

“Ini membuatkan semangat bekerja keras semakin bertambah demi memastikan keselesaan insan-insan kesayangan,” tutupnya sambil tersenyum.

MENGANDUNG kali ini, selera makan Zahirah lain macam walaupun tidak ketara menunjukkan kenaikan berat badan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN