fbpx
SALAH seorang peniaga di Tanah Abang mempromosikan barangan melalui media sosial untuk menarik perhatian pelanggan.

‘Kami tidak menang tangan layan pelanggan Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peniaga di Kompleks Beli Belah Tanah Abang di Jakarta, Indonesia me­nganggap kebanjiran rakyat Malaysia ke situ sebagai lubuk rezeki buat mereka.

Novi Amir, 30-an, yang sudah sembilan tahun berniaga di situ berkata, terdapat trend peningkatan rakyat Malaysia datang ke situ menjelang Aidilfitri sejak kebelakangan ini.

“Sekarang kedai saya dima­suki tidak kurang 15 orang sehari berbanding lima sahaja sebelum ini. Mereka mencari baju raya seperti kebaya sulam dan ­kurung terkini.

“Kedai akan penuh pada satu atau dua bulan sebelum Aidilfitri. Saya turut jadi pembekal kepada peniaga Malaysia sebab kita beri harga borong dan murah,” kata­nya ketika dihubungi.

Menurut Novi, sebagai contoh, kain pario berharga RM18 hingga RM39 dan kebaya bermula RM27 bergantung kepada saiz dan corak.

Seorang lagi peniaga Iyell, 30-an berkata, pendapatannya sehari kini melonjak hingga 70 pe­ratus kerana kedatangan pembeli Malaysia.

“Sejak akhir tahun lalu, hampir 65 peratus pelanggan saya merupakan orang Malaysia, ­Si­nga­pura, Brunei dan Filipina.

“Ramai cari baju kebaya dan batik viscose. Ada peniaga Pulau Pinang borong sampai 25 juta rupiah (RM7,643),” katanya yang sudah lapan tahun
berniaga.

Menurut Iyell, keadaan men­jadi mudah dengan adanya media sosial dan kedainya akan padat pada hujung minggu.

Tambahnya, dia menganggarkan lebih 60 peratus yang datang ke situ merupakan rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN