fbpx
NORLIZAH (tengah) menyerahkan bantuan daripada Perkeso kepada Salmah (kanan) di kediamannya di Kampung Baru Seluyut, Kota Tinggi semalam.

‘Walaupun sudah tiada, arwah masih beri jasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang ibu tunggal yang kehilangan anak dalam kemalangan di Kilometer 48.8 Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi dekat Felda Air Tawar 1 di sini bulan lalu sebak selepas menerima bantuan pencen bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Salmah Abdullah, 55, ibu kepada lima anak itu mengakui bantuan pencen bulanan seba­nyak RM894 diterimanya amat meringankan beban memandangkan selama ini anak­nya, Allahyarham Muhammad Amirul Faiz Azmi, 22, banyak membantu mengharungi kehidupan harian.

Dia menyifatkan anaknya itu bukan sahaja berjasa semasa hayatnya, tetapi sesudah kematiannya arwah membantu me­ringankan bebannya.

Dalam kemalangan 29 Januari lalu Muhammad Amirul antara tiga yang maut ketika bersama seorang lagi rakannya Amirul Asyraf Zulkifli, 28, dalam
perjalanan ke tempat kerja mereka di Desaru.

Kemalangan itu turut meragut nyawa seorang guru yang juga dalam perjalanan ke tempat kerja di sekolah Felda Air Tawar 2.

Menurutnya, arwah anak bongsunya membayar sewa rumah juga bil utiliti selepas be­kerja sebagai life guard di Desaru.

“Anak-anak ramai yang sudah berkahwin dan duduk di rumah masing-masing. Saya juga mempunyai seorang anak angkat bersekolah darjah enam. Jadi arwah banyak memikul tanggungjawab di rumah,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru Seluyut di sini semalam .

Terdahulu Salmah menerima kunjungan daripada wakil Perkeso bagi menyerahkan bantuan faedah orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat.

Penyerahan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Ne­geri Johor Lama, Norlizah Noh dan turut dihadiri Timbalan Pengurus Perkeso Johor, Jamalluddin Mohammad.

Dalam lawatan berasingan, balu Allahyarham Amirul Asy­raf yang mempunyai dua anak menerima faedah sama dari Perkeso serta mendapat pencen bulanan RM2,550 sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN